Khamis, Oktober 22, 2009
Salam Sayang
Salam sayang buat teman-teman yang setia mengunjungi blog kakyong. Kakyong mohon ribuan ampun dan maaf sebab dah lama sangat tinggalkan 'umah' ni tanpa sebarang berita. Kalau tak silap lebih tiga bulan jugak la kakyong menyepi dari dunia blog ni. Dulu ingatkan kakyong boleh menjadi seorang blogger yang tegar tapi nampaknya kenyataan itu tak menjadi. Hmmm...tentu kawan-kawan pun dah tak ingat kat kakyong lagi. Namun apa pun kakyong doakan semoga semua teman yang pernah sudi menjejakkan nota di dalam 'teratak' usang ni berbahagia selalu hendaknya di samping yang tersayang. Kiranya ada salah dan silap kakyong selama mengenali kalian, mohon diampun. Kalian tetap di hati kakyong. InsyaAllah jika diizinkan Tuhan, kakyong akan kembali lagi memeriahkan blog-blog kalian. Sayang dari kakyong.
Langgan:
Catatan (Atom)











