Jumaat lepas kakyong dapat undangan makan lunch free kat Restoran Puteri tak jauh dari tempat kakyong bertugas. Boss belanja. Kami pergi dua kereta. Kalau nak tau restoran ni memang top kat sini sebab owner nya pelakon yang terkenal zaman 80an dulu iaitu Rubiah Suparman. Masuk je kat restoran tu dah hampir fully booked dah. Tengok meja ni Puan Sri booked. Meja hujung sana Datin pulak booked. Mujur la kami dah booked awal. Menu kat sini semuanya masakan Melayu. Kakyong kalau bab-bab makan ni memang tak tolak punya. Apalagi kalau free.. hehe.. tapi kakyong terpaksa beredar segera sebab masa rehat dah habis. Petang tu boss bagitau, "U all rugi balik awal, tak lama lepas tu Rubiah Suparman sampai. Tapi kamera kat U la... (sambil tuju kat kakyong) tak dapat nak bergambar dengan dia". Biasa la... blogger, memang ke mana-mana dengan kamera. Alahai boss...
Senyum sampai telinga...maklum la dah kenyang...nyum nyum..
Memaparkan catatan dengan label Restoran Puteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Restoran Puteri. Papar semua catatan
Ahad, Mei 17, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)