Tinggal la pesan

Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

Rabu, Mei 13, 2009

Loving is Sharing


Setiap pagi selepas bangun tido dan selepas menguruskan hal-hal rumahtangga, kakyong pasti akan online. First website yang akan kakyong buka dah tentulah laman blog kakyong sendiri. Jenguk dan intai siapa yang sudi singgah kat umah kakyong ni. Tapi dalam masa yang sama kakyong rasa macam ketandusan idea untuk membuat new posting. Nak cerita apa hari ni ye? Kalau tak tulis nanti bersawang pulak umah ni. Maklum la, tak ada orang yang sudi jengah nanti. Kakyong bukannya pandai masak macam blogger Kaklong, Dzana, Kak Ina Kl, Farah Mommy Otai, Reen, Mariazana dan ramai lagilah yang kakyong kenal dalam dunia blog ni yang setau kakyong memang rajin ke dapur. Kalau pandai masak cam diarang, bolehlah kakyong cerita tentang dunia masakan dan makan-makan. Setakat masak biasa-biasa untuk makan seharian tu bolehlah. Nak cerita pasal keje? Rasa macam tak best je la. Dah la kat tempat keje, kita dengan keje kita. Kat sini pun nak cerita hal keje jugak ke? Emm..boring la pulak rasanya. Nak tulis yang indah-indah, kakyong bukannya seorang penulis yang hebat. Habis tu nak cerita apa ye?

Tapi kakyong selalu fikir, untuk apa kakyong buka laman blog ini? Selain untuk merakamkan detik-detik indah aktiviti harian dan tugasan, apa lagi yang dapat kakyong kongsikan bersama di sini? Itulah yang menyebabkan kakyong 'blur' kejap tu. Kakyong sebenarnya suka memotivasikan diri sendiri. Dengan cara itu kakyong rasa kakyong tak keseorangan. Adakalanya hidup kita tak selalunya indah. Masa kita happy, banyaklah yang nak kita kongsikan bersama dengan yang tersayang, dengan teman-teman dan sebagainya. Tapi masa kita upset, semuanya jadi serba tak kena. Tak ada mood nak cerita, nak share atau malas nak buat apa-apa. Jadi selalunya selain dari jenguk blog kawan-kawan, kakyong juga suka baca blog yang banyak menulis tentang hal-hal motivasi diri. Contohnya macam blog Jinggo, blog Tirana, blog Anis Pulau Indah, blog iMotivasi, blog Dr Tuah, blog Dr. Hj Fadzilah Kamsah dan banyak lagi la. Secara tak langsung kakyong dapat semangat baru untuk terus berkongsi cerita di sini.

Kakyong kagum dengan cara penulisan Jinggo dan Anis. Juga seorang rakan SPADA kakyong iaitu Sham namanya. Cara mereka menulis indah dan menarik. Penuh dengan bunga-bunga bahasa dan kata-kata puitis selain menimbulkan semangat untuk terus membaca cerita yang ditulis hingga ke noktah terakhir. Teringin kakyong nak menulis seperti mereka. Tapi kakyong sedar. Kita adalah kita. Kakyong adalah kakyong. Mana mungkin kakyong akan menjadi seperti mereka. Kita kena jadi diri kita sendiri. Sebab kalau kita cuba jadi orang lain, pastinya semua tu tak akan kekal lama.

Ok lah. Kakyong rasa nak berhenti di sini dulu. Satu tips dari kakyong untuk rakan-rakan hari ni....

"Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan."

(Petikan dari buku JANGAN BERSEDIH - Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni)

Salam.