Tinggal la pesan

Memaparkan catatan dengan label shopping lagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shopping lagi. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 23, 2009

Jalan-jalan ke SOGO


Pagi tadi sedang saya menyiapkan tugasan terakhir tiba-tiba printer saya kehabisan ink. Niat hati petang-petang sikit baru nak ke SPADA untuk hantar tugasan tu. Bila dah habis ink, terpaksa la saya bersiap-siap untuk segera print kat sana dan hantar terus. Bila sampai, jumpa pula dengan Mus dan Wan Na yang katanya memang saja datang, juga sebab nak hantar tugasan akhir. Seminggu tak jumpa kawan-kawan. Terasa rindu pulak. Kami di sana sampai pukul 2 petang. Akhirnya sepakat ke SOGO. Jalan kat sini tau-tau ajelah. Jem tak kira masa. Namun kami redah jugak jem tu. Wan Na memang nak cari kemeja untuk birthday suaminya esok. Mus pulak nak cari handbag untuk kakaknya yang dah lama janji nak beli. Saya? Saya ni driver je. huhuhu... Saya tak rancang nak shopping sebenarnya. Kadang kalau berkenan terus beli. Kan saya ni tak reti shopping? hehe...Saya naik ke tingkat dua bahagian wanita. Ingat nak tengok la kalau-kalau ada baju-baju yang berkenan, saya grap je. Tapi tak ada pulak yang berkenan di hati. Akhirnya saya dan Mus balik hampir pukul 7 tadi. Jalan masih jem. Pukul 8 malam baru sampai umah. Apa nak buat kan?

Tengoklah ni. ramai yang berpusu-pusu shopping untuk raya cina kot. Tapi SOGO ni sokmo ada SALE nya. Maklum la orang Malaysia kan banyak perayaan.

Na dan Mus sedang belek-belek baju untuk Na beli buat birthday hb nya.

Mus kata cantik baju ni. Tapi jarang amat. Tak jadi beli. hihihi