Memaparkan catatan dengan label Internship 3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Internship 3. Papar semua catatan
Selasa, Mac 10, 2009
Ceramah Anti Dadah di sekolah
DAMANSARA: 6 Mac 2009. Selesai sudah ceramah anti dadah peringkat sekolah yang telah saya dan rakan-rakan (Mai dan Mar) sama prektikum adakan. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar dan 'respon' yang diterima dari pihak sekolah juga dari para pelajar amat menggalakkan. Selain itu rakan-rakan yang terlibat juga telah mengadakan sesi Bimbingan dan Kaunseling kelompok bersama pelajar terpilih untuk membantu para pelajar tersebut berkaitan dengan masalah pembelajaran mereka yang diadakan di bilik B & K sekolah ini. Pada akhir sesi ceramah ini, kami telah mengadakan kuiz dan memberikan sedikit cenderamata kepada pihak sekolah sebagai tanda kenangan dari kami.
Pemuda harapan bangsa...pemudi tiang??...ada yang jawab tiang bendera cikgu! Confident sungguh jawapannya tu...huhuhuhu
Ahad, Mac 01, 2009
Program RADA Daerah Batu Pahat
Sabtu: 28 Feb 2009. Saya telah berpeluang mengikuti satu Program RADA (Rakan Anti Dadah) peringkat Daerah Batu Pahat, Johor yang dianjurkan oleh AADK Batu Pahat. Ramai juga yang hadir untuk menjadi ahli berdaftar. Malahan mereka bukan sahaja terdiri daripada lepasan sekolah tetapi juga dari kalangan profesional seperti guru, kakitangan hospital seperti staff nurse, pekerja swasta malahan yang berkelulusan Ph.D juga turut sama-sama terlibat dalam program yang murni ini. Tujuan RADA ditubuhkan adalah untuk membantu kerajaan terutama AADK Daerah sebagai media dan penyumbang maklumat mengenai apa juga yang berkaitan dengan dadah melalui pelbagai aktiviti seperti sesi ceramah, bermesra dengan penduduk kampung, lawatan sambil belajar dan banyak lagi. Diharapkan ramai lagi yang turut terlibat untuk menjadi ahli RADA ini. Jadi pada kawan-kawan yang berminat untuk menjadi ahli boleh dapatkan borang keahlian dan maklumat yang lebih lanjut dari pejabat AADK daerah masing-masing. Selain membantu kerajaan dalam menangani masalah dadah di negara kita, mudah-mudahan dapat juga pahala di akhirat nanti, Insyaallah. Aminnn..Sabtu, Februari 07, 2009
Aktiviti Seminggu
Salam semua. Lama saya tak update blog ni. Masuk minggu kedua menjalani internship saya semakin sibuk dengan tugas. Tak sempat nak jenguk blog sendiri apalagi blog kawan-kawan. Tapi sepanjang minggu lepas bermacam-macam kerenah saya perhatikan di tempat 'baru' saya. Tambahan pula saya banyak berinteraksi dengan klien methadone. Jadi untuk menghilangkan sedikit stress, Cik Ross telah mencadangkan kami dinner kat satu restoran steamboat berdekatan. Oleh kerana hujung minggu masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri, kami berempat setuju je. Maklum la, nak gi makan. Orang kata rezeki jangan ditolak. Jadi hari khamis lepas, habis kerja kami terus menuju ke restoran ni. Makanannya memang sedap-sedap. Banyak seafood dan lauk pauk lain. Makan la banyak mana pun nak makan. Harga tetap sama. Tempatnya pun bagus. Ada surau dan kemudahan lain. Kami solat maghrib dulu sebelum memulakan acara makan-makan. Pukul 9 malam baru semua surrender, dah tak larat nak makan apa-apa dah. Pukul 10 malam baru saya tiba rumah sebab tolong hantarkan adik-adik ni semua balik. Risau pulak bawak anak-anak dara orang ni balik malam-malam.

Nyum nyum....dah habis makan baru teringat nak snap gambar. Tapi ada lagi tu daging dan ayam yang sedang dibakar. Malam tu memang kenyang betul la kami berempat. Hehe...
Mar dan Ross tersenyum lebar kekenyangan

Adik-adik yang sama-sama terlibat dalam prektikal, Mai (USIM) dan Mar (UNIMAS). Masa ni kami sedang membuat aktiviti outreach mencari klien dan NA mereka untuk sesi soalselidik.

Saja ambik gambar dalam library hospital. Time rehat di sinilah selalunya saya lepak untuk baca paper.
Dalam pejabat Unit Psikologi Kaunseling bersama Mai yang juga student USIM (Bac. in B&K)
Langgan:
Catatan (Atom)























