Sabtu: 28 Feb 2009. Saya telah berpeluang mengikuti satu Program RADA (Rakan Anti Dadah) peringkat Daerah Batu Pahat, Johor yang dianjurkan oleh AADK Batu Pahat. Ramai juga yang hadir untuk menjadi ahli berdaftar. Malahan mereka bukan sahaja terdiri daripada lepasan sekolah tetapi juga dari kalangan profesional seperti guru, kakitangan hospital seperti staff nurse, pekerja swasta malahan yang berkelulusan Ph.D juga turut sama-sama terlibat dalam program yang murni ini. Tujuan RADA ditubuhkan adalah untuk membantu kerajaan terutama AADK Daerah sebagai media dan penyumbang maklumat mengenai apa juga yang berkaitan dengan dadah melalui pelbagai aktiviti seperti sesi ceramah, bermesra dengan penduduk kampung, lawatan sambil belajar dan banyak lagi. Diharapkan ramai lagi yang turut terlibat untuk menjadi ahli RADA ini. Jadi pada kawan-kawan yang berminat untuk menjadi ahli boleh dapatkan borang keahlian dan maklumat yang lebih lanjut dari pejabat AADK daerah masing-masing. Selain membantu kerajaan dalam menangani masalah dadah di negara kita, mudah-mudahan dapat juga pahala di akhirat nanti, Insyaallah. Aminnn..Ahad, Mac 01, 2009
Program RADA Daerah Batu Pahat
Sabtu: 28 Feb 2009. Saya telah berpeluang mengikuti satu Program RADA (Rakan Anti Dadah) peringkat Daerah Batu Pahat, Johor yang dianjurkan oleh AADK Batu Pahat. Ramai juga yang hadir untuk menjadi ahli berdaftar. Malahan mereka bukan sahaja terdiri daripada lepasan sekolah tetapi juga dari kalangan profesional seperti guru, kakitangan hospital seperti staff nurse, pekerja swasta malahan yang berkelulusan Ph.D juga turut sama-sama terlibat dalam program yang murni ini. Tujuan RADA ditubuhkan adalah untuk membantu kerajaan terutama AADK Daerah sebagai media dan penyumbang maklumat mengenai apa juga yang berkaitan dengan dadah melalui pelbagai aktiviti seperti sesi ceramah, bermesra dengan penduduk kampung, lawatan sambil belajar dan banyak lagi. Diharapkan ramai lagi yang turut terlibat untuk menjadi ahli RADA ini. Jadi pada kawan-kawan yang berminat untuk menjadi ahli boleh dapatkan borang keahlian dan maklumat yang lebih lanjut dari pejabat AADK daerah masing-masing. Selain membantu kerajaan dalam menangani masalah dadah di negara kita, mudah-mudahan dapat juga pahala di akhirat nanti, Insyaallah. Aminnn..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





















2 ulasan:
Moga segala usaha dan daya akan mendapat rahmat dariNya..
Insyaallah Cikgu Rashid. Aminnn...
Catat Ulasan