Tinggal la pesan

Memaparkan catatan dengan label manjakan diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manjakan diri. Papar semua catatan

Rabu, Januari 21, 2009

Masa Untuk Memanjakan Diri

Entah kenapa tiba-tiba hati ni tergerak nak pergi ke SPA. Saja nak me'releks'kan diri. Dah lama rasanya tak berkunjung ke pusat-pusat rawatan dan kecantikan sebegitu. Ye lah...sejak mula studi balik Julai tahun lepas, masa seakan menghambat tiap detik yang berlalu. Oleh kerana sekarang tengah bercuti dan dah habis kelas formal saya rasa inilah masa yang sesuai untuk saya memanjakan diri. Saya hubungi adik (jaja). Dia pun nak buat facial. Apa lagi..kami pun buat appointment jumpa kat Giant Superstore yang baru dibuka Disember lepas berhampiran tempat tinggal saya. Memang besar betul tempat tu. Maklumlah...GIANT katakan..hehe. Pusing punya pusing akhirnya promoter Adeline Beauty menyapa sebab kebetulan kami lalu depan dia. Ada offer katanya. Kami pun masuk. Wahhh...sangat eksklusif layanannya sebab baru dibuka la katakan. Tentu masih sedang mengumpul pelanggan. Selepas diberi penerangan serba sedikit, kami on aje lah. Hmmm...macam dalam rumah yang selesa. Jaja buat facial, saya buat body treatment, SPA dan facial jugak. Dari pukul 10 pagi sampai ke pukul 2 petang tadi kami kat situ. Memang rileks betul la hari ni. Badan pun rasa lebih segar dan hilang penat. Nak try?

Gambar ni hiasan saja. Saya tak dapat nak tunjuk gambar saya dan jaja sebab tak tutup aurat. hehe.. tapi gambaran tempat tu memang macam ni lah. Insyaallah, ada masa mungkin kami akan ke sini lagi.