Alhamdulilah semalam selesai satu lagi tugasan utama yang perlu saya jalankan untuk melengkapkan pengajian saya. Kali ini saya telah berjaya mengumpulkan sebahagian klien yang menerima rawatan terapi gantian Methadone di hospital tempat saya menjalani internship untuk menyertai Program Masih Ada Yang Sayang dengan dibantu oleh beberapa orang rakan SPADA . Buat pertama kalinya program ini dijalankan untuk mereka di hospital ini dan feedback yang diterima amat memberangsangkan. Program kali ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Psikiatri dan Unit Psikologi Kaunseling hospital ini. Pesertanya juga sangat-sangat memberikan kerjasama. Antara aktiviti yang telah diadakan termasuklah Ice Breaking, sesi ceramah, dan Latihan Dalam Kumpulan. Meskipun mereka adalah bekas penagih, namun mereka juga insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan beberapa kesilapan sepanjang perjalanan hidup ini. Lantaran itulah mereka amat memerlukan penerimaan masyarakat untuk kembali menjadi insan normal dan dapat menikmati kembali 'kehidupan' mereka yang telah hilang suatu ketika dulu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah banyak membantu saya untuk menjayakan program ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)













2 ulasan:
Salam kak yong..
Iya moga diorang tu kembali ke pangkuan masyarakat & agama..
Dulu pernah juga nak jadi pakar psikitri.. minat sangat. tapi apakan daya..
Salam juga Cikgu Rashid.
Wah...dah masuk awal pagi baru online ke cikgu? Bznyaaa dia...hehe...Uikkk...dulu pernah nak jadi pakar psikiatri? Bagus tu..
Catat Ulasan