Tinggal la pesan

Jumaat, Januari 16, 2009

Hari Pertama di Vietnam

9.1.09 - 11.00 pagi. Bas USIM telah membawa kami ke KLIA. Flight kami bertolak pada jam 2.45 petang. Inilah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan pada hari pertama kami bertolak ke Vietnam.
di KLIA sebelum menaiki pesawat MH758 (gambar pesawat di belakang) ke Ho Chi Minh City.
Pandangan dari dalam pesawat. Kelihatan di bawah sungai di Vietnam.
Lapangan terbang antarabangsa Ho Chi Minh City. Beberapa ketika sebelum kami dibenarkan turun dari pesawat.

Buat pertama kalinya melihat begitu banyak motorsikal di atas jalanraya. Inilah salah satu keunikan di Vietnam.

Dalam asyik melihat kenderaan yang berpusu-pusu di atas jalanraya, sempat juga merakamkan satu kemalangan kecil yang berlaku. Namun dalam beberapa ketika, penunggang motorsikal ini kembali mengutip barangan yang berteraburan di atas jalanraya dan meneruskan perjalanannya. Tidak pula berlaku kesesakan lalu lintas di sini. Kalau di tempat kita ni, harus berjela panjangnya kesesakan yang akan berlaku.

Dinner di atas cruise. Katanya halal. Tapi saya tak mampu nak telan walau sikit pun makanan yang terhidang kerana sebelum itu ternampak sesuatu yang 'mencurigakan' di atas meja hidangan kumpulan lain di belakang meja kami.

Khamis, Januari 08, 2009

Rabu, Januari 07, 2009

Nak jawab tag Liya dan Anis

Dah lama sebenarnya kena jawab tag dari Liya. Belum sempat nak jawab, Anis plak forward tag yang sama. So memang kena jawab lah kan. Tapi saya bz sesangat. Nak tengok skrin notebook ni pun jadi sakit mata, fenin, berserabut dengan assignment n nak study untuk final exam lagi. Alhamdulilah, sekarang semuanya dah hampir settle. Ok..sekarang masa untuk jawab tag tersebut. jeng...jeng...jeng...

Ni lah tagnya..

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog kakyong untuk mendapatkan award anda"

Ehemm..(nak jwb nih..hehe)

1. Internet Surfing - ni lah hobi utama saya kalau tak de kerja. Malah notebook saya ni on sentiasa kalau kat umah. Kat internet ni kan macam2 ada. Lebih2 lagi student cam saya ni. Banyak info leh dapat kat sini. Sambil2 tu leh kenal2 dgn kwn baru. kan?

2. Suka drive - jangan terkezut. Saya memang suka drive. Apalagi kalau long distance. Dapat memerhati dan menikmati pemandangan alam. Abg suka sesangat hobi saya nih. Apa taknya...dia leh tido. hehe

3. Melancong - ni pun jadi hobi saya. Ye la..kalau dah suka drive, tentulah kena gerak kan? So saya selalu melancong tanpa rancang. Main redah jek. Yang penting fulus... Pernah saya dan abg sesaje nak cari breakfast, last2 terus naik Cameron Highland. haha..

4. Tengok cite kartun - saya selalu tengok movie kartun kat cineleisure. Lapang otak. Hampir semua cite tuk budak2 camtu saya tengok kat wayang.

5. Suka gak baca buku tak kiralah buku agama ke, motivasi ke. Untuk muhasabah diri..

6. Saya sukakan kucing. Sangat suka. Pencinta kucing la kiranya. Dulu saya akan cari anak kucing jalanan untuk dibela. Ke mana pun saya pegi saya akan bawak kucing tu. Walaupun ke sekolah. Kalau balik kampung, memang tak pernah tinggal. Seminggu sekali saya mandikan kucing tu. Tapi sejak kucing terakhir saya hilang (zoro namanya) hati saya hancur luluh. Sampai sekarang saya tak bela kucing lagi. Tapi tetap suka kucing.

7. Kalau tak ke mana-mana, saya lebih suka duk kat umah je. Buat apa yang patut. Mengemas, membasuh, memasak dll. Macam surirumah sepenuh masa la katakan.

8. Saya juga suka ke library. Library yang selalu saya lepak ialah National Library kat Jalan Tun Razak. Kadang leh duk kat situ sehari suntuk. Banyak jenis buku yang boleh kita baca kat situ.

9. Berangan sebelum tido...hehe... macam-macam yang diangankan sampai la terlena.

10. Hobi last ni paling best...buat apa saja aktiviti bersama abang...kikikiki...jangan fikir bukan2 eh. (ala...contohnya: basuh kete, window shopping, tengok tv, solat jemaah, p surau/masjid, jogging, lake garden, jalan2 cari mkn, mcm2 lagi lah...)

OK. Selesai sudah menjawab tag. Harap Liya dan Anis puas hati. Tapi jangan la serik kirim tag lagi eh. Kawan-kawan lain pun dah tau serba sikit tentang hobi saya. Nak komen apa2, silalah ye. Jangan segan2. Tapi mohon ampun seribu ampun, sembah patik harap diampun. Saya tak dapat nak forwardkan tag ni pada sesiapa sebab tau semua tengah bz. Saya seorang yang memahami... :)

GIFT tahun baru dari @LiyaNNuaR


GIFT ni dah lama si liya ni suh ambik tapi dek kerana bz ngn exam, ni baru sempat. Sori eh liya. Akak tak lupa tau.

Selasa, Januari 06, 2009

Kenangan di Pusat Serenti Raub, Pahang Part 2


Sebelum sesi temubual dengan pelatih, sempat lagi kuliah Pencegahan Relaps di bilik kuliah yang terdapat di PS Raub ini.

Sesi temubual dengan klien. Pen hijau yang saya maksudkan tu pun ada dalam gambar ni.

Jumaat, Januari 02, 2009

Kenangan di Pusat Serenti Raub, Pahang

Hari ini dah masuk hari kedua kita berada dalam tahun 2009. Semalam pada hari pertama tahun baru saya dan 20 orang rakan SPADA yang lain telah berkunjung ke Pusat Serenti Raub, Pahang. Seperti mana yang saya ceritakan dalam entry sebelum ini, lokasi pusat ini berhampiran dengan sekolah pertama saya dulu. Sepanjang perjalanan saya menikmati pemandangan yang dulunya sangat akrab dengan saya. Suasananya kini tidak banyak yang berubah. Memang amat meninggalkan nostalgia yang terpahat di sanubari saya.

Berbalik tentang tujuan kami ke pusat ini, kesemua 21 orang kami yang akan bergelar kaunselor kepada msalah penagihan di negara ini tak berapa lama lagi, telah diketemukan dengan 21 orang klien terpilih. Saya telah dipertemukan dengan seorang klien Melayu, berusia 36 tahun dan berasal dari Kedah. Berdasarkan cerita beliau, mula menghisap rokok sejak berusia 9 tahun kerana pengaruh bapa. Emmm..(gumam saya dalam hati). Menurutnya lagi usia 11 tahun sudah mula menagih heroin. Aduhhh...(hati saya terus tersentak). "Ini kali kedua masuk pusat serenti".Katanya lagi. Tapi saya tak heran sangat dengan pengakuannya ini kerana apa yang paling 'menggerunkan' saya apabila dia menambah.."...saya dah 7 (tujuh) kali keluar masuk penjara atas kesalahan mengedar dadah". Astaghfirullahhalazim....terus saya mengucap panjang (juga dalam hati.) Malah klien saya ini turut pernah didakwa di bawah sekseyn 39B(2). Maknanya boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Saya terus mencungkil rahsia...saya biarkan klien saya ini bercerita tentang kisah silamnya. Heroin teman sejati klien saya ini. Habis satu badan menjadi tempat jarum suntikannya. Malah sehingga ke tempat 'sulit'nya juga di'injek' untuk mendapatkan kesan 'high'. Katanya, di situlah paling bes! Mujurlah hingga kini beliau tidak dihinggapi HIV AIDS. Menurutnya lagi beliau pernah menyembunyikan heroin di dalam rumah sewanya dengan jumlah yang banyak. Namun bila polis menyerbu langsung tak jumpa sikit pun heroin tu. Nak tau kat mana dia sorok? Dalam dinding rumah yang ditebuk, disimen dan dicat semula dengan kemas!!! Beliau juga pernah ditikam dengan parah oleh ahli kumpulan pengedar yang lain kerana berebut 'kawasan' di sekitar JB dan Singapura...sekali lagi saya beristighfar... sampai keluar negara 'urusannya'... (hati saya terus berkata-kata sendirian) malah pernah dimasukkan ke penjara Singapura selama 6 bulan kerana dadah.

Akhirnya di sinilah tempatnya..di pusat ini. Di akhir perbualan , saya bertanya. "Ada rasa nak pulih tak lepas ni?" Dia terus menjawab dengan yakin. "Ya, puan. Saya insaf dan bertaubat sebab saya dah letih dengan semua ini. Cukup letih. Saya nak kembali ke pangkuan masyarakat, nak jaga mak saya yang dah tua. Saya anak sulung, patutnya saya dah berkeluarga dan dapat jaga mak sekarang ni. Puan doa la juga untuk saya ye" rintihnya dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan sebak. Saya yakin dia ikhlas...saya pandang tepat ke dalam matanya. Dapat saya lihat di situ airmatanya bergenang di hujung kelopak. Syukur Alhamdulilah... "Baguslah.." ujar saya. "Hidup kita hanya sementara, Allah hanya pinjamkan untuk kita seketika saja. Bila-bila masa DIA akan mengambilnya semula dari kita. Sementara ada waktu, kumpullah sebanyak mana bekalan yang akan kita bawa ke 'sana' nanti". Kata saya selain menambah bahawa untuk berubah perlukan kekuatan dalaman. Yakinlah bahawa ALLAH akan menolong hambanya yang benar-benar ingin berhijrah ke arah kebaikan dan dia (klien) tidak berseorangan sebenarnya. Klien saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mendengar luahan hatinya yang meronta-ronta untuk meminta pertolongan tapi tak tahu kepada siapa untuk mengadu. Sebelum beredar dia sempat bertanya, "Err..Puan. Boleh tak bagi saya pen hijau yang puan pegang tu sebagai kenang-kenangan untuk saya? Cantik la pen tu",

Saya pulang dengan satu kepuasan di hati. Mudah-mudahan klien saya ini benar-benar pulih dan akan mengingati kata-kata saya tiap kali dia melihat pen hijau itu.