Ke tiga-tiga gambar ni adalah di antara beberapa barang yang sempat saya beli dari Vietnam. Ke semuanya saya beli di saat-saat akhir. Saya berkenan sangat dengan beg dan kasut-kasut tu sebab cantik dan feminin. Kasut-kasut tu handmade tau. Beg bunga-bunga tu pun sama. Velvet lagi. Yang handbag tu pulak handbag kulit. Sampai sekarang saya masih belum guna pun lagi sebab cantik sangat rasanya. Rasa macam nak simpan dalam frame cermin jek. haha... Sport shoes kulit (puma) yang saya beli untuk abang pun masih tersimpan kemas dalam kotaknya. Abang kata nanti dia rasmikan masa jadi coach softball akan datang. Sebenarnya saya tak la borong macam-macam kat sana sebab kesuntukan masa. Lagi pun saya bukan jenis yang pandai shopping. Apa lagi tanpa abang. Untung kan dapat wife cam saya? (hehe..sesekali up diri sendiri...huhuhu)
Khamis, Januari 22, 2009
Rabu, Januari 21, 2009
Masa Untuk Memanjakan Diri
Entah kenapa tiba-tiba hati ni tergerak nak pergi ke SPA. Saja nak me'releks'kan diri. Dah lama rasanya tak berkunjung ke pusat-pusat rawatan dan kecantikan sebegitu. Ye lah...sejak mula studi balik Julai tahun lepas, masa seakan menghambat tiap detik yang berlalu. Oleh kerana sekarang tengah bercuti dan dah habis kelas formal saya rasa inilah masa yang sesuai untuk saya memanjakan diri. Saya hubungi adik (jaja). Dia pun nak buat facial. Apa lagi..kami pun buat appointment jumpa kat Giant Superstore yang baru dibuka Disember lepas berhampiran tempat tinggal saya. Memang besar betul tempat tu. Maklumlah...GIANT katakan..hehe. Pusing punya pusing akhirnya promoter Adeline Beauty menyapa sebab kebetulan kami lalu depan dia. Ada offer katanya. Kami pun masuk. Wahhh...sangat eksklusif layanannya sebab baru dibuka la katakan. Tentu masih sedang mengumpul pelanggan. Selepas diberi penerangan serba sedikit, kami on aje lah. Hmmm...macam dalam rumah yang selesa. Jaja buat facial, saya buat body treatment, SPA dan facial jugak. Dari pukul 10 pagi sampai ke pukul 2 petang tadi kami kat situ. Memang rileks betul la hari ni. Badan pun rasa lebih segar dan hilang penat. Nak try?

Selasa, Januari 20, 2009
Santapan Nurani
Jika ALLAH telah mengurniakan itu semua, maka
anda telah mendapatkan semua kebaikan, selamat
dari segala kejahatan dan beruntung dengan
memiliki segala kebahagiaan.
Ibadah adalah kebahagiaan, dan kesolehan sikap
adalah kejayaan. Orang yang selalu berzikir dan
selalu beristighfar, serta banyak berdoa, maka ia
termasuk golongan abrar ( orang-orang yang berbakti )
Kebahagiaan itu terletak pada pengorbanan,
kemampuan, mengekang kesombongan, keinginan
untuk menderma, sikap tidak mengganggu orang
Tertawa yang sekadarnya akan membuat jiwa
menjadi lapang, memperkuat hati, menghilang
kebosanan, meningkatkan semangat bekerja serta
menjernihkan fikiran.
Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat
anda percaya dan membuat diri anda tenang
bersamanya,membantu kesulitan anda. ikut prihatin
dengan kegelisahan anda, dan ia tidak menyebarkan rahsia atau aib anda.
Isnin, Januari 19, 2009
Perpisahan
Hari ini adalah hari terakhir saya dan kawan-kawan belajar secara formal di dalam kelas. Bermula minggu depan kami akan menjalani praktikum di tempat masing-masing. Sedih pulak rasanya sebab tak dapat nak bersama kawan-kawan lagi.
Jumaat, Januari 16, 2009
Happy Belated Birthday Buat Cikgu Azza dan Cikgu Sham
Selamat Hari Jadi buat Azza (13 Januari 2009) dan juga buat Cikgu Sham (15 Januari 2009). Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari jadi buat mereka berdua. Semoga Allah melapangkan rezeki dan memakbulkan segala harapan mereka berdua. Jauhilah hendaknya mereka dari sesuatu yang Engkau mungkari dan tetapkanlah iman mereka ke jalan Engkau redhai. Amin.
Hari Terakhir di Vietnam (14 Januari 2009)


Dua gambar dari udara bandaraya Ho Chi Minh City, Vietnam ketika dalam pesawat untuk pulang ke Malaysia. Kami selamat tiba di KLIA kira-kira jam 7.15 malam waktu Malaysia dan menaiki bas USIM ke Pandan Indah. Hampir jam 11 malam baru tiba di rumah. Selamat tinggal Vietnam. Kenangan di bumi Vietnam tak mungkin akan dilupakan. Entah bila kesempatan ini akan berulang kembali. Sesungguhnya pengalaman adalah guru yang paling berkesan.

Dalam pesawat MH758 bersama Cikgu Sham.
Bergambar dengan Ira dan Nor di dewan menunggu sebelum menaiki pesawat. Muka semua keletihan kerana asyik bershopping sehingga di saat-saat akhir sebelum menaiki bas dari hotel ke lapangan terbang jam 1 petang waktu Vietnam.
Gambar berlatar belakangkan pesawat China Airlines. Pashima yang saya pakai tu saya beli di saat-saat akhir sebelum menaiki bas dari hotel ke lapangan terbang sebagai kenang-kenangan.
Langgan:
Catatan (Atom)



















