Tinggal la pesan

Rabu, Disember 31, 2008

Lapan Harimau Mengganas

KUANTAN: Penduduk dari empat kampung di Raub kini hidup dalam kebimbangan terutama selepas empat lembu dibaham harimau selain seorang penduduk Orang Asli cedera akibat ‘ditampar’ binatang buas itu.

Sehubungan itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri kini berusaha mengatasi ancaman sekurang-kurangnya lapan harimau belang di keempat-empat kampung berkenaan.

Setakat ini, haiwan berkenaan disahkan sudah mengganas dengan membaham lembu milik penduduk Kampung Jeruas selain turut mencederakan seorang lelaki Orang Asli di Kampung Ulu Temau.

Pengarahnya, Saharudin Anan, berkata setiap bulan pihaknya menerima aduan terhadap ancaman harimau di empat kampung di Raub menyebabkan kes itu kini dianggap semakin serius.

Menurutnya, rekod Perhilitan mendapati terdapat kira-kira tiga harimau di Kampung Batu Malim, masing-masing dua di Kampung Sangli dan Kampung Jeruas selain seekor di Kampung Temau.

Katanya, usaha menangkap haiwan itu kini dilakukan menggunakan perangkap yang dipasang di Kampung Jeruas. Perangkap juga akan dipasang di beberapa kampung lain sekiranya keadaan memerlukan.

“Lokasi kampung terletak berhampiran hutan menjadi faktor utama ancaman harimau di empat kampung di Raub selain ternakan seperti lembu yang dilepas bebas.

“Kampung Jeruas yang terletak berhampiran hutan simpan Bukit Taling juga menjadi faktor harimau sentiasa berkeliaran dan membaham ternakan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, usaha membendung ancaman harimau akan berhasil sekiranya penduduk memberi kerjasama dengan sentiasa mengawasi umpan yang terdapat dalam perangkap.

Saharudin berkata, penduduk juga perlu segera melaporkan kepada Perhilitan sekiranya mereka terlihat kelibat haiwan ganas itu di kawasan kampung.
(petikan Harian Metro hari ini).
----------------------------------------------------------------------------
Artikel di atas benar-benar menarik perhatian saya. Nama kampung yang saya 'highlight'kan tu mengimbas semula memori hampir 18 tahun yang lalu. Manakan tidak. Di sanalah saya mula menimba ilmu menjadi seorang guru terlatih. Tapi sekolah tempat saya mengajar dulu letaknya jauh ke dalam lagi. Kira-kira 14km dari simpang kampung tersebut.
SK Ulu Sungai,
Batu Malim, Raub, Pahang.

Itulah sekolah pertama saya mengajar lepas keluar dari maktab. Waktu tu hanya kenderaan lori balak dan motor scrambler je yang sesuai digunakan sebab jalannya belum bertar. Waktu mula ibu dan ayah menghantar saya ke sana, mak menangis kerana bimbang nak tinggalkan anak sulungnya ini yang akan berkelana seorang diri dalam suasana seperti itu. Memang....waktu tu bila malam yang sunyi sepi terdengar ngauman Pak Belang tak jauh di hujung kampung. Malah....rumah tempat saya dan dua orang kakak senior (semuanya masih bujang lagi masa tu) yang sama-sama mengajar di situ pernah disondol babi hutan. Gerun kan?
Itu dulu...18 tahun yang lalu. Saya tak heran sangat sebab kampung tu memang jauh di pedalaman. Tapi bila membaca artikel di atas...saya jadi teruja. Masih ada lagi Pak Belang di sana rupanya... Bukan seekor...3 lagi tu... Bayangkanlah waktu saya di sana 18 tahun dulu. Entah berapa ekor agaknya. Kalau nak diceritakan pengalaman saya mengajar di sana, maunya jadi macam kisah 1001 malam pulak nanti. Saya tak lama di sana sebab lepas 4 bulan mengajar, saya dah pun jadi isteri orang. Malangnya permohonan pertukaran saya tak dilayan serta merta sebab alasannya tak ada guru ganti. Apatah lagi saya mengajar BI. Cikgu English memang sangat kritikal bilangannya. Sampai sekarang pun. So, saya tetap di sana selama dua tahun sebelum bertukar ke sini.
Gitulah...
Kebetulan....esok saya akan ke Raub lagi. Kali ni bukan untuk mengajar tapi nak menimba pengalaman di Pusat Serenti Raub yang letaknya tak jauh dari kampung tempat saya mengajar dulu. Hati saya terusik semula.. Bagaimana agaknya keadaan di sana sekarang ni ye?

Isnin, Disember 29, 2008

Maafkan Saya

Kepada semua rakan yang telah sudi meninggalkan pesan dalam 'guestbook' di atas ribuan terima kasih saya ucapkan. Namun saya juga memohon maaf kerana tanpa sengaja telah ter'delete' entry lama semasa ingin meng'edit' entry tersebut. Sekiranya masih sudi meninggalkan pesan sekali lagi, atau mungkin buat kali keduanya atau untuk ke sekian kali pun jua, saya amat-amat menghargai pengorbanan masa kawan-kawan berbuat demikian. Mohon maaf di atas segala kesulitan. "Friends 4Ever".

Ahad, Disember 28, 2008

Kad Dari Kamsiah




Kad sempena Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009 kiriman dari Kamsiah.
Siap dengan doa akhir tahun lagi.
Awal tahunnya mana ye Kam? hehe..
Apa pun terima kasih di atas kiriman ini.
Saya amat berbesar hati menerimanya.

Sabtu, Disember 27, 2008

Ikhlas Tapi Jauh



Dah lama saya teringin dan tercari-cari bahan yang sesuai untuk saya berikan kepada semua yang pernah singgah di teratak memori saya ini. Dan kini rasanya sudah pun ditemui apa yang dicari. Jadi pada semua yang sudi singgah dan mungkin sekadar ziarah, terimalah pemberian yang tak seberapanya ini yer...lekatkan kat mana-mana ruang dinding rumah masing-masing...sesedap mata memandang..
sekali lagi..
Daun Selasih Daun Kayu
Terima Kasih Thank You

Dari Cikgu Mar@Sayangi Daku



Kenangan dari Cikgu Mar@KB@Sayangi Daku.
Daun selasih daun kayu,
Terima kasih, TQ
(okey tak pantun ni??)

Jumaat, Disember 26, 2008

YANMIE-Ratu Award, Teman Blogger Yang Kreatif




Sungguh kreatif orangnya, sungguh berseni award yang dikirimnya dan sungguh dia teman blogger yang setia. Tengok la hasil seni awardnya ini. Pasti memerlukan pengorbanan masa untuk menyudahkkannya demi kawan-kawan yang lain. Terima kasih ye Yan (http://www.coklatstrawberry9.com). Hasil kreatifmu ini satu dunia orang tengok tau...TAHNIAH! N THANKS AGAIN. (Tingin gak nak buat gitu, tapi entah bila..masa amat terbatas...)

Khamis, Disember 25, 2008

Kad dari FARAH...

..
Salam 25 Disember 2008. Kad ni kiriman dari Farah (mommyotai.blogspot.com). TQ ye Farah..Nampaknya ni la hadiah krismas kot...hehe

Sabtu, Disember 20, 2008

Datin Haslinda....


Lihatlah gambar ni yang di'snap' oleh cikgu Noorhisham.
Boleh jadi Model Of The Year saya ni dibuatnya. Bukan tu saja...Dia buat saya jadi Datin Haslinda pulak sebagai tajuk utama dalam blog SPADA...tergelak besar saya...haha

Cikgu Sham memang kreatif orangnya. Habis semua kawan-kawan jadi mangsa 'candid camera' beliau. Tengok gambar-gambar kawan lain ni...cikgu Lenny dan cikgu Nor..pun jadi Model Of The Year jugak...

Penyediaan Modul 7 Langkah Kepulihan

Selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 17-19 Disember yang lalu saya berada di Nilai Hotel atas urusan negara. Kali ni kami bekerja dalam suasana yang cukup selesa.
Bukan tak boleh buat di bilik kuliah biasa tapi ini adalah satu tugasan yang memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan pemikiran yang bersungguh-sungguh demi untuk menghasilkan Modul 7 Langkah Kepulihan khas untuk penagih dadah yang boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin membantu negara membasmi penagihan dadah. Maknanya hasil
penulisan kami ini nanti boleh digunapakai oleh sesiapa saja baik di dalam mahupun di luar negara. Memang pening dan sungguh -sungguh stress kami dibuatnya...Jadi di sini saya paparkan beberapa post yang dirakamkan selama kami melaksanakan
tugasan tersebut. (Gambar- Ehsan Cikgu Sham SPADA)

Kumpulan 1. Kumpulan paling penting...
Kalau tak ada langkah pertama camana nak teruskan langkah kedua.. betul tak?



Kumpulan ni mulanya duduk paling depan..siap tarik meja lagi mengasingkan diri..
tapi akhirnya duduk seiring dengan meja lain..
mungkin nak jeling2 idea kumpulan lain kot...(ampunnnn...)


Yang ni kumpulan ustaz dan ustazah...
Diaorang kena fikirkan tentang elemen-elemen agama Islam
yang boleh diterapkan dalam modul kepulihan ini...
Yang di belakang tu Kumpulan 'relaps' sokmo
sebab dua dari ahli kumpulan tu asyik 'menghilangkan' diri je...
untuk menenangkan fikiran..hehe


Bz sungguh berbincang nampaknya...


Ini pulak Kumpulan yang mendapat anugerah paling ceria..hehe...
dianugerahkan oleh Tuan Pengarah Projek iaitu En. Pandy...
Mana taknya...kumpulan kami lah yang agak 'bising' dalam bilik mesyuarat ni
sebab 'tension' tengok orang lain tunduk je mengadap laptop masing-masing...haha...

Selasa, Disember 16, 2008

Perjumpaan Keluarga Kali Pertama


Keratan akhbar Berita Harian

Pagi tadi masa dalam kelas sebelum kuliah bermula saya sempat melayari beberapa laman web dalam internet. Tiba-tiba terjumpa friendster yahoo adik saya yang tak pernah saya buka. Tak tau pun dia ada friendster ni. Bila baca, tengok dia ada masukkan beberapa gambar semasa perjumpaan kali pertama keluarga keturunan Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Untuk makluman pembaca budiman, kami ni memang dari keturunan Ngah Ibrahim. Ayah saya adalah generasi ke 4 dari salasilah tersebut. Kenal ke Ngah Ibrahim? Ala...kalau sesiapa yang baca sejarah tentu tau. Ngah Ibrahim ni adalah pahlawan Melayu Perak yang mula-mula menguasai dan memiliki lombong bijih timah di Tanah Melayu iaitu di Taiping Perak. Memang saya pun dilahirkan di Taiping. Rupanya hebat jugak la salasilah saya ni ye...hehe... Gambar ni diambil pada tahun lepas. Saya berdiri di tengah dan berbaju kuning
belakang yang bersongkok.


Saya bergambar dengan ayah, makcik, pakcik, pakjang dan adik-adik
di depan Kota Ngah Ibrahim yang kini diwartakan sebagai
tempat bersejarah dan Muzium Ngah Ibrahim.
Masa kecik-kecik dulu kalau balik ke kampung arwah tok,
di sinilah tempat saya selalu bermain.


Adik-adik saya Hamizah, Herni dan Hasmi
bersama dua orang anak saudara (anak adik saya Herman).

Isnin, Disember 15, 2008

Pagi Tag...Malam dapat Kalendar


Pagi tag...Malam dapat kalendar pulak...hehe..
Terima kasih cikgu Zam..
Ini la agaknya upah yang dimaksudkan
pagi tadi.

Tag Pertama

Salam buat semua yang mengunjungi blog saya ni.
Ini tag yg saya terima di awal pg td.
Dikirim oleh teman setia iaitu Cikgu Zam
dan isteri Cikgu Mar.

1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambar
perkahwinan anda dlm blog anda...
2. pada yang belum berkahwin plak, postkan gambar
perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah
anda hadiri...contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawan
baik ker,artis populer ker..tak kiralah,asalkan ianya membawa
seribu erti buat anda...
3. jangan edit2 tau gambar2 tue..
4. kalau banyak postkan gambar2 lagi baguih
5. o.k tu jer,senangkan...then forwardkan ler tag nie pada 5
orang yg anda rasa patut diforwardkan..k, selamat menjawab
tag...

inilah memori yg kini dalam kenangan

tp bab nak kena forward pd 5 orang
tag ni payah sikit..
sebab pusing2 orang yg sama gak yg kena.
maklum la...
kwn blogger kenal pun dari blog yg sama...
alahaiii...
ok la..rasanya nama-nama di bawah ni boleh kot..
nizza-abira
anis
liya
farah
eeeda

Sabtu, Disember 13, 2008

Penawar Duka

Baru-baru ini pada hari raya yang ke dua, maka tersebutlah cerita ini… Seorang wakil rakyat dari parlimen dot dot dot mengajak Tok Batin dari perkampungan orang asli yang berdekatan…

Wakil Rakyat: Saya nak ajak Tok pi majlis Hari Raya Terbuka TPM kita
Tok Batin: Aikk… tak mahu la
Wakil Rakyat: Kenapa lak… setahun sekali je dapat peluang ni…
Tok Batin: Tok tak pernah pergi ke majlis besar-besar macam ni
Wakil Rakyat: Tak ape Tok… Tok ikut saya je… duduk sebelah saya
Tok Batin: Ehhh segan la… pe nak pakai? makan pe ada?
Wakil Rakyat: Pe nak segan.. Tok duduk sebelah saya.. kalu nak pakai, pakai pe saja…bab makan… peh.. memang sedap
Tok Batin: Kalu macam tu tak pe la… Tok ikut, tapi dengan syarat..
Wakil Rakyat: Pe syaratnya?
Tok Batin: Kamu kena makan pelan-pelan dan duduk sebelah Tok ya?
Wakil Rakyat: Tak de hal Tok… Tok ikut aje apa yang saya makan… apa yang saya makan,Tok makan ya…
Tok Batin: Haaa… macam tu la…

Dipendekkan cerita, acara makan minum pun bermula. Tok Batin ikut aje apa wakil rakyat itu makan…. Bila tiba makan satey, wakil rakyat bergurau…

Wakil Rakyat: Tok… makan daging nye aje… kayu pencucuk jangan makan…
Tok Batin: ya.. ya

Habis makan, wakil rakyat tu terasa tersekat sesuatu kat gigi, maka diambilnya kayu sugi lalu dicongkelnya daging yang terlekat di gigi. Bagi menghormati majlis maka satu tangan pegang kayu penyongkel, lagi satu tangan tutup mulut. Tok Batin pun buat yang sama! Dia ikut apa yang wakil rakyatnya buat, dari mula hingga habis. Dalam perjalanan balik (hantar semula Tok Batin) ke perkampungan orang asli, maka ditanyanya kelazatan juadah yang dihidangkan.

Wakil Rakyat: Amacam Tok… sedap tak makanan tadi…
Tok Batin: Woooo sedapppppppp… tak penah merasa sesedap itu sebelum ni… lain kali ajak la lagi…. tapi kan… kayu yang terakhir tu TAWAR sikit… kayu macam tu pun depa hidangkan ya?
Wakil Rakyat: Tok makan ke kayu tu?
Tok Batin: Ye la… Tok nampak kamu makan…
Wakil Rakyat: Tawar ye? depa lupa taruk garam kot… (dalam hati… he he…)

(p/s: Hidup ini indah jika hati bahagia. Namun jika hati menangis sekali pun, senyumlah pada dunia, nescaya dunia akan kembali senyum padamu...)

Rabu, Disember 10, 2008

Gambar Satelit Tanah Runtuh Bkt Antarabangsa


Gambar ni saya dpt dari seorang teman yg mengirimkannya melalui email. Kalau dilihat dari gambar ni, sahlah kedudukan empangan yg terlalu hampir dgn kwsn kediaman boleh menyebabkan aliran air yang tak dpt dibendung apatah dgn hujan yg lebat. Tentunya air tu byk mengalir ke bwh tnh yg menyebabkan berlakunya runtuhan. Kalau la empangan tu pecah, satu KL leh tenggelam dibuatnya. Dimanakah kewajarannya di sini?

Isnin, Disember 08, 2008

Kad Raya dari Zam@Keluarga Bahagia


Salah seorang teman yg begitu setia mengunjungi blog saya, Cikgu Zam dan keluarga telah sudi mengirim kad raya ini sebagai tanda ingatan yang tulus ikhlas sempena hari raya ini. Terima kasih buat zam dan mar di atas persahabatan yang terjalin

Ahad, Disember 07, 2008

Kad Raya dari Anis


Kad raya dari teman di alam maya, Anis. Terima kasih daun keladi.
Semoga ceria di samping keluarga

Lawatan ilmiah, seminar dan ceramah

Hmm...sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung tahun 2008 dah. Banyak suka duka, pahit manis yang telah dilalui.Namun apa yang paling saya tak sangka ialah sepanjang tahun ini telah banyak tempat rupanya saya ziarahi dan menimba pengalaman di tempat orang.Malah boleh dikatakan selama saya mengikuti kursus ini (sambung belajar) saya telah pun melawat hampir satu Malaysia rupanya. Dan insyaallah pada awal tahun depan (9-14 Januari 2009) saya akan ke Vietnam pula (tiket pun dah beli) untuk mengikuti satu lagi lawatan ilmiah di sana, tentunya bersama rakan-rakan SPADA yang lain sebelum kami berpisah untuk menjalani latihan praktikal selama 3 bulan di tempat-tempat yang terpilih seluruh Malaysia dan kembali bertugas seperti biasa pada bulan April nanti. Wah....sungguh tak diduga begitu cepat masa berlalu apatah lagi kini menghitung hari untuk ke luar negara. Lihatlah senarai di bawah ini. Dalam lima bulan je kami telah menjelajahi utara Malaysia, kemudian Pantai Timur dan Selatan malah sehingga ke Pulau Borneo. Semuanya demi tugasan dan ilmu. Syukur Alhamdulilah. Kami juga dilatih untuk pakar sebagai penceramah berkaitan pemulihan dan rawatan dadah. Jadi, buat kawan-kawan di luar sana...kalau rasa-rasanya nak jemput kami sebagai penceramah atau kaunselor berkaitan dadah...janganlah segan-segan nak jemput kami ye. Insyaallah akan kami cuba laksanakan amanah yang terpikul di bahu ini demi agama, bangsa dan negara.

Pelajar SPADA (Speciality Program In Alcohol and Drugs Abuse) 2008/2009
Duduk dari kiri Wan Azlina, Anis, Ira, Lenny, Linda, En. Halim, Nadzir, Akasilah, Mus, Yan dan Nor.
Berdiri dari kiri Vijaya, Nan, Zaini, Izahar, Pandy, Nuar, Razif, Farid, Faizal, Sham dan Amutha.


Lawatan:
1. Lawatan ilmiah ke Christian Care Kg Baru Subang, Shah Alam
2. Lawatan ke PERSADA, Sg Besi, KL

3. Lawatan ilmiah ke Gheha Buddhist Centre, Kuantan, Pahang
4. Lawatan ilmiah ke Pondok Remaja Inabah, Sarang Semut, Jitra, Kedah
5. Lawatan ilmiah ke Pusat Serenti Bkt Chabang, Perlis
6. Lawatan ilmiah ke Pusat Khidmat AADK Kota Bharu, Kelantan
7. Lawatan ilmiah ke AADK Pangkalan Kubor, Kelantan
8. Lawatan ilmiah ke Pusat Pemulihan Darul Hanan, Kota Bharu, Kelantan
9. Lawatan ilmiah ke Pusat Serenti Wanita, Bachok, Kelantan
10. Lawatan ilmiah ke Pusat Serenti Karak, Pahang
11. Lawatan ilmiah ke Universiti Malaysia Sabah
12. Lawatan ilmiah ke Pusat Serenti Papar, Sabah
13. Lawatan ilmiah ke AADK Wilayah Persekutuan, KL
14. Outreach bersama AADK WPKL di sekitar Jalan Chow Kit, KL

15. Lawatan ilmiah ke MPAJ, Ampang, Selangor

Seminar:
1. Seminar Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Peringkat Negeri Selangor di USIM, Nilai,
Negeri Sembilan

2. Seminar Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Peringkat Negeri Sembilan di USIM, Nilai,
Negeri Sembialn

3. Seminar "Harm Reduction" peringkat antarabangsa di Hotel Equatorial, Jln Sultan Ismail, KL
4. Seminar Pencegahan Penyalahgunaan Dadah peringkat zon MPAJ, di USIM Kampus
Pandan Indah, Ampang, Selangor

Ceramah dan Internship 2:
1. Ceramah Penyalahgunaan Dadah di SMK Yong Peng, Johor
2. Lawatan ilmiah dan internship 2 di "Rehabilitation Centre", Beserai, Batu Pahat, Johor.
3. Ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah dan Komunikasi Berkesan di Balai Bomba
Yong Peng, Johor (peringkat daerah Yong Peng, Kluang dan Batu Pahat)
4. Ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah dan Kerjaya di Pusat Komuniti Bahai,
Yong Peng, Johor

Dalam Perancangan:
1. Lawatan ilmiah ke Vietnam
2. Bengkel Modul Pencegahan Penyalahgunaan Dadah
3. Internship 3 (praktikal 3 bulan)

Jumaat, Disember 05, 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha


Buat kawan-kawan yang mengunjungi blog saya terutama buat

azza
zam
norish
G
kamsiah
anis/tr
nizza
eeeda

dan sesiapa pun yg telah sudi menjadi sahabat saya di sini
terimalah kad raya saya ni ye..simple jek sbb baru bljr buat sendiri.
Salam Aidil Adha...Maaf zahir batin.

Khamis, Disember 04, 2008

Kad Raya dari Pulau Mutiara


Kad raya dr Azza _- Terima kasih di atas persahabatan ini..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Semoga silaturrahim ini kekal selamanya...

Rabu, Disember 03, 2008

Senario di Lorong Hitam

Salam Rabu. Seperti yg dijanjikan di bwh ini saya paparkan beberapa senario yg dpt saya rakamkan sewaktu melakukan operasi outreach di lorong2 hitam sekitar Jln Chow Kit. Kami sempat dpt melihat sendiri bkn saja penagih jalanan malah pekerja2 seks, mak nyah dan bermacam gejala sosial yg tidak sihat di sekitar kwsn ini. Tgs kami waktu itu bkn shj utk membantu AADK menangani mslh dadah tetapi jg menimba pglmn secara live bagaimana utk membantu golongan spt ini agar kembali ke pangkal jalan. Hrpn kami semoga semua pihak termasuklah para pembaca budiman yg melayari blog ini dpt membantu usaha murni ini meskipun dgn hya secebis doa agar negara kita bebas dr mslh sosial ini. Amin.










Selasa, Disember 02, 2008

Pengalaman Melihat Senario Di Lorong Haji Taib

Malam tadi saya dan rakan2 SPADA telah meneroka lorong2 hitam di Chow Kit Road dgn bantuan pihak AADK Wilayah Persekutuan dan bekas2 penagih yg telah pulih yg digelar PRS utk melihat sendiri senario yg berlaku di sana pd mlm hari. Mmg sesuatu yg tidak akan dilupakan. Kami sempat melihat sendiri seorang penagih menjadi 'doktor' dan cara beliau mengambil heroin. Ngeri dan ngilu apabila melihat dgn mata kepala sendiri cara yg beliau lakukan. Saya akan ceritakan dgn lebih lanjut bersama beberapa gbr yg sempat saya snap atas izin mereka yg terlibat. Sekarang ini saya di makmal komputer bilik kuliah dan kuliah pun akan bermula pd jam 10 nanti. Kita jumpa lg ye.