Tinggal la pesan

Rabu, Disember 03, 2008

Senario di Lorong Hitam

Salam Rabu. Seperti yg dijanjikan di bwh ini saya paparkan beberapa senario yg dpt saya rakamkan sewaktu melakukan operasi outreach di lorong2 hitam sekitar Jln Chow Kit. Kami sempat dpt melihat sendiri bkn saja penagih jalanan malah pekerja2 seks, mak nyah dan bermacam gejala sosial yg tidak sihat di sekitar kwsn ini. Tgs kami waktu itu bkn shj utk membantu AADK menangani mslh dadah tetapi jg menimba pglmn secara live bagaimana utk membantu golongan spt ini agar kembali ke pangkal jalan. Hrpn kami semoga semua pihak termasuklah para pembaca budiman yg melayari blog ini dpt membantu usaha murni ini meskipun dgn hya secebis doa agar negara kita bebas dr mslh sosial ini. Amin.










4 ulasan:

Mr Zam berkata...

Salam...

Untuk sedikit perkongsian pengalaman.. Zam juga pernah menemramah ngan dua orang penagih yang menjadikan kawasan semak brehampiran tempat tinggal kami.. memang senario keadaan mereka seperti gambar2 yang dipaparkan oleh Linda itu..
Tapi ape yang amat menyedihkan ialah...dalam sessi bualbicara ngan 2 orang penagih itu...mereka ialah adik beradik... dan salah seorang dari mereka telah berkeluarga...
Melihatkan penagih2 tersebut...timbul perasaan kecewa...kerana ramai penagih yang terlibat adalah terdiri dari bangsa melayu... itu yang amat mengecewakan.... setuju tak Linda?

kakyong berkata...

Saya setuju sgt dgn pendapat zam tu. Data AADK pun mmg tepat membuktikan apa yg kita nmpk. Hampir 90% Zam, bangsa melayu menduduki carta teratas dlm pusat serenti seluruh negara. Dan golongan yg plg ramai ialah dlm lingkungan usia 20-39 thn. Sedih dan kecewa dgn apa yg terjadi. Sbb tu lah kita kena pastikan anak2 kita, keluarga kita, jiran kita, komuniti kita semua rapat dan erat spt dulu. Bila adanya ksh syg, permuafakatan, slg bekerjasama, insyaallah sekurang2nya kita dpt mewujudkan faktor perlindungan yg kukuh dr terjebak dgn dadah. Dulu duk kg boleh dikatakan 'anakmu anakku jua' tp skrg? Kalau kita tegur anak org lain, senarionya mgkn kita plak akan disaman sbb kononnya menjaga tepi kain org. Gitulah...zaman dan berubah, dunia makin maju kot. Inilah harga yg perlu kita byr...

Tie HT berkata...

ape la nk jd,bangsa2 kite ni..

Rashid berkata...

Satu entri yang baik. Masih ada sebegitu ya.. walaupun operasi terus giat dijalankan..