
Wah! Seminggu saya tak update blog. Maaf ye kawan-kawan. Saya tak sempat nak tinggalkan nota sebelum keluar rumah. Sebenarnya pada 7 April 2009 (Selasa) saya sibuk dengan viva pada sebelah pagi. Malamnya pulak ada dinner akhir bersama kawan-kawan SPADA. Gambar kat atas tu adalah gambar di hari terakhir kami bergelar pelajar. Esoknya pagi-pagi lagi saya pulang ke kampung abang dengan menaiki bas. Tak sabar nak jumpa abang sebenarnya. Huhuhu...Niat nak drive sendiri tapi badan rasa letih lagi sebab dua malam sebelumnya tak cukup tidur untuk siapkan tugasan akhir. Akhirnya saya ambik keputusan dengan sehelai sepinggang saya balik je naik bas. Ingat ke boleh la berehat sampai hujung minggu. Tup tup member bagitau kena lapor diri pada 10 April 2009 kat Putrajaya. Alamak! baru dua hari lepak kat umah dah kena balik? Adehhh...dalam masa yang sama dapat pulak news dari adik yang ayah sakit. Waaaa....banyaknya nak uruskan! Tapi syukur alhamdulilah, dalam payah Allah mudahkan urusan saya. Hari Jumaat tu abang dapat luangkan masa hantar jugak saya untuk uruskan hal lapor diri. Tapi malangnya masih tak selesai jugak satu perkara. Saya kena ke JPNS pulak untuk tentukan tempat bertugas. Oleh kerana dah habis waktu kerja, terpaksa la uruskan pada hari Isnin (esok). Malam tu jugak saya bergegas ke kampung tengok ayah pulak. Aduss..kelam kabutnya rasa...Ayah pulak bila kami dah sampai, buat sihat pulak! hehehe....biasa la orangtua. Dia tak nak kami hantar ke hospital, katanya dah sihat sikit dah...Pujuk jugak sampai petang tadi tapi dia berkeras kata tak apa2. Apa nak buat! Akhirnya saya pulang semula ke rumah petang tadi tanpa bawa ayah ke hospital sebab esok saya ke JPNS pulak. Tu la ceritanya kenapa saya tak sempat nak update blog...Harap2 esok selesai urusan penempatan saya. Risau gak ni...dapat ke tak kat tempat lama...
2 ulasan:
salam kakyong,
wah sibuk sepanjang minggu.. kakyong Bib ni dok jengah2 juga kat sidebar, eh lama kakyong tak update blog!! rupernya bz menguruskan macam2.. selamat maju jaya.
Tq Bib. Mmg mcm2 nak kena buat ni. Hrp esok ok la urusan saya..
Catat Ulasan