Tinggal la pesan

Sabtu, Mei 16, 2009

Selamat Hari Guru


(terima kasih Ieyra atas kiriman kad ini)

Biar Ku Menjadi Lilin
(PELANGI)

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang di sini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua


Selamat menyambut hari guru buat semua guru di Malaysia dan di seluruh dunia terutama rakan blogger yang bertugas sebagai guru iaitu Cikgu Dzana, Cikgu Zam dan Cikgu Mar KB, Cikgu Azlina, Cikgu Anis Pulau Indah, Cikgu Eeeda, Cikgu Azza, Cikgu Sham, Cikgu Mala, Cikgu Rashid, Cikgu Din dan Ira dari Sabah, Cikgu Mimah, Ustaz Faiz, Jinggo, Catlina serta yang lain-lain yang mungkin kakyong terlupa apa kerjaya mereka sebenarnya harap maafkan kakyong ye. Juga tak lupa kepada semua guru yang pernah mengajar kakyong sejak dari tadika hinggalah ke menara gading. Jasa anda hanya Allah saja yang membalasnya. Buat rakan-rakan guru sekelian, semoga kita dapat bersama-sama membina insan cemerlang demi agama, maruah, bangsa dan negara.
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

6 ulasan:

intan shaheera@ieyra berkata...

guru pembina negara bangsa...jasa guru tiada penghujungnya........time kasih guru....

Tanpa Nama berkata...

selamat hari guru sis...

kakyong berkata...

ieyra,

time kasih je ke? hihihi

reen,

TQ...

Rashid berkata...

Salam kakyong
ermm terima kasih atas ucapan.

Selamat hari guru juga untuk kakyong.. Moga kita sentiasa tabah hati..cekal semangat.. kuat minda.. untuk memanusiakan anak murid kita..

Sis Lin berkata...

selamat hr guru kak yong....guru pmbina negara bangsa..

kakyong berkata...

Sis-lin
TQ ye sis-lin. hrp2 gitulah...guru pembina negara bangsa..