Salam buat semua yang masih sudi mengunjungi teratak blog saya ini. Sedar tak sedar dah lebih dua minggu saya menyepikan diri dari berblog. Kenapa eh? Emmm...angin kus-kus dah mula timbul dari dalam hati saya ni. Rasa macam tak ada hati pulak nak on laptop apalagi nak online. Aduhhh... ke mana perginya ye hati saya tu? Kadang terfikir juga mungkin ada kawan-kawan yang sering berkunjung ke sini tertanya-tanya ke mana perginya kakyong ni ye? Tapi tu lah! Saya macam tak ada hati nak online. Sebenarnya sejak akhir-akhir saya mula sibuk dengan urusan kerja rutin saya. Selepas habis je study bulan April yang lalu saya sibuk menguruskan masalah penempatan semula tempat bertugas saya. Rasa tak selesa betul bila ditukarkan ke tempat baru. Tempatnya dah la asing buat saya, jauh pulak tu dari rumah. Tapi saya terpaksa juga melapor diri di situ. Jadi saya ambil inisiatif sendiri pergi jumpa terus dengan pegawai yang menguruskan penempatan semula saya tu di JPNS. Alhamdulilah, inisiatif saya berjaya. Petang tu jugak saya ditugaskan semula di tempat lama. Lega rasanya! Terkejut juga kawan-kawan di tempat baru macam mana saya yang baru dua hari berada bersama mereka boleh bertukar dengan mudahnya? Sebenarnya tiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Saya hanya mencuba nasib. Kebetulan tempat lama saya memang ada 6 kekosongan berbanding di tempat baru. Jadi sudah sudah tentulah khidmat saya lebih diperlukan di tempat lama. Bukankah begitu? Syukur alhamdulilah. Tapi selang 3 hari, saya dihantar pula berkursus di Sepang selama 4 hari. Balik dari kursus, saya terus ke Port Dickson pula untuk bersama-sama suami menyertai Karnival Pesta Air di sana. 3 hari berehat di tepi pantai. Balik semula bertugas kemudian hujung minggunya ke Melaka pula pun atas urusan kerja. Hari Selasa dan Rabu lepas pun saya dipanggil untuk bertugas di Karnival Pencegahan Dadah peringkat negeri Selangor pulak. Sebab tu lah saya jadi tak ada hati nak online. Bz dengan pelbagai urusan. Soal hati.... mau atau tidak...terserah pada diri masing-masing. Tepuk dada tanya selera. Apa pun yang penting hati kena selalu jujur dan ikhlas. Di kesempatan ini sebelum berpisah, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu di dunia ini tak kira walau di mana jua anda berada...Insyaallah lepas ni hati saya dah ok kot...kita jumpa lagi...bye...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
moga-moga hati kak yong akan kembali ceria untuk bersama-sama memeriahkan blogger..hehehe
TQ Tirana...amin...
Salam kak yong.. takper. rehat secukupnya. tapi selepas ni mesti terus berblog.. jangan ponteng tau. sekali sekala okey je...
haha..tak leh ponteng eh Cikgu Rashid? Tak sabar nak tgu cuti sekolah. Nak rehat puas-puas...
Catat Ulasan