Tinggal la pesan

Jumaat, Mei 15, 2009

Terapi Warna Dalam Hidup Kita


Dalam hidup seharian, kita banyak bermain dengan warna. Hari ini kakyong nak share sikit tentang terapi warna. Ramai di antara kita tak tau warna sebenarnya memainkan peranan yang penting juga dalam membentuk mood kita. Mungkin ada yang dah tau tapi buat tak kisah. Kakyong percaya semua kita ni mempunyai favourite warna masing-masing. Tapi tau tak bahawa adakalanya favourite warna kita boleh menjadi gangguan silang terhadap mood kita. Maksudnya sebagai contoh, kalau hari ni kita rasa penat, dan kita adalah seorang yang obses dengan warna kuning, elakkan dari memakai pakaian berwarna kuning. Sebabnya, warna kuning adalah warna bertenaga dan bersemangat. Bila kita penat, apa yang seharusnya kita buat? Tentulah berehat kan? Tapi kalau kita pakai baju warna kuning atau berada di tempat yang suasananya kuning ini akan menyebabkan kita susah nak berehat. Lainlah kalau kita terpaksa juga manjadi aktif, masa ni bolehlah kita pakai baju warna kuning. Tapi ingat! Badan kita juga perlu berehat. Seeloknya kalau nak berehat dengan aman dan tenang, pakailah baju berwarna biru. Biru boleh mewujudkan ketenangan mental dan emosi. Sebab tu pakar warna menggalakkan kita cat bilik tidur kita dengan warna biru yang mendamaikan. So, jom kita tenguk camana agaknya warna boleh menjadi terapi untuk kita.

Merah
Personaliti diri - Sangat gemar melakukan aktiviti lasak, tubuh badan yang bertenaga, sentiasa stabil, yakin pada diri sendiri dan mudah mesra.

Bila perlu guna - Apabila kita rasa letih atau fizikal yang lemah. Apabila bersendirian dan rasa tidak selamat.

Jangan guna - bila sedang marah, rasa lebih agresif atau aktif atau memerlukan rehat yang cukup.

Kuning
Personaliti diri - Peningkatan stimulasi mental, membuatkan mental kita bergerak cergas, pemikiran yang tenang, bertenaga dan bersemangat.

Bila perlu guna - Apabila menderita akibat tekanan mental dan hendak membuat keputusan muktamad. Apabila rasa berdebar-debar dan takut.

Jangan guna bila - Rasa penat, ingin berehat dan mahu kelihatan lebih agresif.

Hijau
Personaliti diri - Warna flora dan fauna, kita sentiasa berfikiran positif, perasaan yang sentiasa tenang, pemurah, lembut dan sedikit sensitif.

Bila perlu guna - Apabila kita bimbang dan memerlukan ketenangan, apabila kita rasa letih, memerlukan rakan kongsi masalah dan meningkatkan daya sensitiviti, serta rasa sunyi.

Jangan guna bila - Berfikir sesuatu perkara dengan lebih mendalam,

bersambung....

5 ulasan:

Unknown berkata...

salam kakyong,

terima kasih.. sgt membantu..

Bib

kakyong berkata...

sama2 Bib...

pusat berkata...

selamat hari guru kak yong....

kakyong berkata...

TQ Pusat..

Idayu berkata...

ala..bersambung lak ke?tgh semangat membacanya.hihi,ni sbb pakai baju kuning:)

iyela..betul gak,hari semangat sikit buat kerja.