Tinggal la pesan

Selasa, Mac 02, 2010

Konvokesyen SPADA 2008/2009

Salam pagi Selasa. Hari ini kakyong nak share kenangan sempena konvokesyen SPADA (Speciality Programme in Alcohol and Drugs Abuse) yang telah diadakan pada Julai tahun lepas di Pusat Konvensyen Putrajaya. Dah lama sebenarnya kakyong nak abadikan kenangan indah itu di sini tapi memandangkan beberapa waktu dulu waktu agak terbatas, baru kini kakyong berpeluang mengimbau kembali detik bersejarah itu di sini. Sebenarnya tak ramai yang tau dan tak ramai juga yang berminat nak ambil kursus ni sebab ia berkaitan dengan dadah dan kursus yang ditawarkan juga hanyalah pada peringkat Diploma Lanjutan sahaja. Tapi kakyong agak teruja untuk mencuba kerana beberapa sebab walaupun pada hakikatnya semua yang mengambil kursus ini adalah kakitangan kerajaan yang sudah pun mempunyai first degree masing-masing . Pertamanya kakyong memang suka mencuba perkara-perkara baru, kedua dapat ilmu tentang dadah dan ubat-ubatan (farmakologi) dan ketiga sebab dapat cuti belajar bergaji penuh ditambah pula dengan elaun bulanan dan elaun alat tulis yang diberikan oleh pihak kementerian untuk menggalakkan kakitangan awam menambah ilmu. Bertuah kan? Dapat ilmu, dapat pulak elaun. Belajar dengan tajaan sepenuhnya. Berbaloi-baloi.... Ok la. Jom layan gambar-gambar di bawah ni.

Senyum sampai ke telinga geng-geng SPADA ni semua.

Dah mula berarak masuk ke dewan

Acu dapat dua hadiah utama. Habis je study terus dapat baby...hehe

Tak lepas peluang bergambar dengan hubby tercinta.

Bersama permata hati bonda.

7 ulasan:

Rashid berkata...

Kenangan indah ..

Betul tu. Menuntut ilmu sebenarnya satu kepuasan untuk diri.

kakyong berkata...

Betul tu Cikgu Rashid. Kakyong setuju sangat-sangat.

Tie HT berkata...

Congratulation kak yong.. :)

Unknown berkata...

salam kak yong..tahniah yer..seronok bila kejayaan di kongsi bersama orang tersayang.

kakyong berkata...

TQ Tiha.

kakyong berkata...

To Kak Ina:
Ye la Kak Ina. Bahagia rasanya bila bersama orang tersayang.

CatlinaFly berkata...

wah tahniah kak yong..lame tak jenguk blog kak yong ni, kak yong sihat?