Tinggal la pesan

Ahad, Mac 14, 2010

2 dalam 1

Tak tau apa nak cite kali ni sebenarnya. Kalau dibiarkan lama-lama 'umah'ni nanti kawan-kawan tertanya-tanya pulak. Nampak tak gambar kat bawah tu? Comel je kan? Tu la Netbook kakyong yang baru. Baru beli bulan lepas. Tengok la tu, plastik cover dia pun sayang lagi nak tanggalkan. Hik2x.. Sebelum ni guna yang besar gaban punya notebook. Kakyong usung jugak ke sana ke mari walaupun berat begnya saja buat bahu kakyong senget sebelah. Belum masuk notebook lagi. Tapi yang ini memang ringan la. Dulu guna Acer 5570 14.1" punya skrin. Tapi kali ini kakyong guna Twinmate 1o" skrin. Berat cuma 1.1 kg jek. Harganya sesuai la dengan bentuknya yang 'come lote' tu. Kelemahannya, netbook ni tak boleh nak download atau simpan banyak grafik yang berat-berat. Takut nanti dia jadi slow. Tau-tau aje la kan. Enjin kancil nak bawak kayu balak. Huhuh.. camana tu? Kalau setakat nak buat catatan, simpan nota-nota, surf internet, boleh la guna netbook ni. Kakyong cuma guna kat tempat kerja dan masa kat kuliah je. Kalau kat rumah, kakyong akan guna notebook lama. Ada dua pulak tu. Satu Acer satu lagi Compact HP. Ahakkss! Senang. Tak payah berebut dengan sesiapa. Terutama dengan hubby la. Dia pun sama minat dengan kakyong. Kami sama-sama minat IT sama ada bab-bab komputer ataupun handphone. Tapi tak ada la sampai bertukar-tukar beli yang baru sokmo. Mana pulak nak dicekau duitnya. Oleh sebab tu kakyong and hubby boleh sama-sama duduk kat mana-mana sembang dan surf internet. Kakyong akan surf pasal assignment, dia pulak surf pasal IT terkini. Jangan tak tau, hubby kakyong ni pakar pasal komputer. Kalau rasa-rasa nak repair komputer ke, notebook ke, program komputer ke, boleh la tanya dia. Adehh...promote la pulak...

Sambil makan pun boleh mengadap netbook.


Gambar ni kakyong ambil masa pegi Nilai 3 Sabtu minggu lepas. Lepas habis kuliah, kakyong kena ambik mak kakyong kat KLIA dari Kota Kinabalu sebab pegi umah adik duk kat sana. Tapi flight dia kul 8 malam. Kakyong habis kuliah kul 4.30 petang. On the way ke airport, sempat la singgah jap kat sini. Bukan beli apa pun. Kan tadi kakyong cite minat kakyong and hubby more to IT. Mana ada kedai IT kat Nilai 3 tu. Nak borong kain langsir atau perabot boleh la. So kami singgah makan jap, pastu round round je kat situ. Sebelum maghrib kami dah sampai kat KLIA. So, itu la citenya kali ni ye. 2 cite dalam 1 entry. Nanti sambung lagi la. Bye..

Rabu, Mac 10, 2010

Study dan Exam


Fuhhh...tensyennnn... pening rasanya bila fikirkan waktu exam dah hampir tiba. Mana nak mula
ni? Tinggal lebih kurang sebulan je lagi untuk nak buat revison. Tapi rasanya satu apa pun tak buat lagi ni. Bila difikir-fikir balik...aduhai....kerja rutin tetap kena buat, bab study ni yang buat kakyong lemah ni....uwaaaa...

Selasa, Mac 09, 2010

Ku Kehilangan Mu

Ingat tak pada angsa ini? Pada sesiapa yang pernah mengikuti blog kakyong tentu masih ingat tentang entry yang pernah kakyong tulis tentang angsa ni. Untuk makluman semua, angsa ni dah pun menjadi kenangan. Sedih dan pilu hati kakyong tau... Angsa ni mak kakyong bela di kampung sejak 8 tahun yang lalu. Masa tu umur dia baru sebulan lebih kurang. Sampai la bulan lepas mak kakyong cakap dia tengok angsa ni macam tak lalu makan, tak aktif macam biasa. Tak lama lepas tu tengok-tengok dia dah keras kat dalam reban dia. Huhuhu... Sayu je hati masa tu tau sebab dah anggap macam pets dah. Pernah mak kakyong nak sembelih je angsa ni tapi kakyong tak sanggup sebab dah anggap macam sebahagian dari keluarga sendiri. Akhirnya kau pergi jua..... Ye la...Tiap yang hidup pasti akan mati kan? Semoga kakyong dapat jumpa dia lagi kat 'sana' nanti...

Isnin, Mac 08, 2010

Goreng Pun Sodapppp

Tengok kepala dia je mcm tak caya....

Ni baru sekerat.....boleh buat kari kepala ikan....



Tu dia....nak naik lori treller pun rasanya tak muat nih....

Gambar-gambar ni kakyong dapat dari email. Katanya ikan ni ikan keli yang ditangkap kat sungai di Sarawak. Terkejut jgk tengok masih ada lagi ikan besar cam ni kat tempat kita ye? Kalau la kakyong terpancing ikan ni sorag-sorang mau nya kakyong yang dipancingnya kot! Eeee...seram la. Nak makan pun tak sanggup la kakyong. Entah apa2 la yang dah masuk kat dlm perut ikan ni kan? Any komen?

Selasa, Mac 02, 2010

Konvokesyen SPADA 2008/2009

Salam pagi Selasa. Hari ini kakyong nak share kenangan sempena konvokesyen SPADA (Speciality Programme in Alcohol and Drugs Abuse) yang telah diadakan pada Julai tahun lepas di Pusat Konvensyen Putrajaya. Dah lama sebenarnya kakyong nak abadikan kenangan indah itu di sini tapi memandangkan beberapa waktu dulu waktu agak terbatas, baru kini kakyong berpeluang mengimbau kembali detik bersejarah itu di sini. Sebenarnya tak ramai yang tau dan tak ramai juga yang berminat nak ambil kursus ni sebab ia berkaitan dengan dadah dan kursus yang ditawarkan juga hanyalah pada peringkat Diploma Lanjutan sahaja. Tapi kakyong agak teruja untuk mencuba kerana beberapa sebab walaupun pada hakikatnya semua yang mengambil kursus ini adalah kakitangan kerajaan yang sudah pun mempunyai first degree masing-masing . Pertamanya kakyong memang suka mencuba perkara-perkara baru, kedua dapat ilmu tentang dadah dan ubat-ubatan (farmakologi) dan ketiga sebab dapat cuti belajar bergaji penuh ditambah pula dengan elaun bulanan dan elaun alat tulis yang diberikan oleh pihak kementerian untuk menggalakkan kakitangan awam menambah ilmu. Bertuah kan? Dapat ilmu, dapat pulak elaun. Belajar dengan tajaan sepenuhnya. Berbaloi-baloi.... Ok la. Jom layan gambar-gambar di bawah ni.

Senyum sampai ke telinga geng-geng SPADA ni semua.

Dah mula berarak masuk ke dewan

Acu dapat dua hadiah utama. Habis je study terus dapat baby...hehe

Tak lepas peluang bergambar dengan hubby tercinta.

Bersama permata hati bonda.

Sabtu, Februari 27, 2010

Honeymoon Di Sabah

Salam buat semua kawan-kawan kakyong. Apa khabar ye? Lama sungguh kakyong menyepikan diri. Terlalu banyak yang kakyong ketinggalan mengenai cerita terkini kawan-kawan. Ingat ke nak stop berblog dah. Sampai password nak masuk blog sendiri pun kakyong dah tak ingat sebenarnya. Try punya try, akhirnya dapat juga pass masuk blog ni balik. Hmmm.. banyak cerita yang nak dikongsikan bersama. Tapi buat permulaan untuk Tahun 2010 ni kakyong nak share pengalaman makan angin bersama family ke negeri di bawah bayu @ Sabah. Seronok sangat. Bukan tak pernah sampai ke sana sebelum ni tapi kali ni lebih seronok dan bahagia sebab pergi dengan yang tersayang. Betul-betul punya cuti selama 10 hari 9 malam. Tak pening kepala fikirkan masalah kerja. Boleh dikatakan kami menjelajah hampir ke seluruh negeri Sabah. Jom share tengok gambar-gambar yang sempat kakyong rakamkan ni. Tapi gambar-gambar ni kakyong upload dari mula, maknanya yang terakhir menjadi gambar pertama di sini. Nanti insyaallah kakyong share cerita lain pulak ye.

Dah nak balik dah...

Kat airport Tawau.

Dah dalam flight. Ambil gambar kenangan airport Tawau.

Dalam bas ekspress nak ke Tawau dari Kota Kinabalu. Penat sangat masa ni sebab asyik jalan-jalan melawat seluruh Sabah.

Posing lagi nih!

Dah dapat sijil menandakan kita dah pernah sampai kat taman warisan dunia.


Romantik rasanya bila berada di tempat-tempat sejuk cam gini kan?...


Sejuknyaaaa...di kaki gunung Kinabalu.

Berlatarbelakangkan Fort Jesselton. (Nama dulu bagi Kota Kinabalu)

Saper snap saper ni?.... Lokasi di belakang pasar Philippines.

Ni gambar kat dalam hotel Le-Meridian Kota Kinabalu.


Bergambar depan papantanda di Semporna Resort Sabah. Bukti ni tau. Tandanya kami dah pernah sampai sini. Hehe..