Salam buat semua pembaca budiman. Lama tak masuk entry baru. Tak berkesempatan kerana waktu agak terbatas. Banyak betul assignment perlu disiapkan. Tu belum lagi termasuk beberapa tugasan luar yang perlu dibuat sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Adehhhh...Penat tul! Gambar-gambar terbaru ni diambil sewaktu melaksanakan internship II di salah sebuah sekolah di Johor hari Jumaat lepas. Sabtunya pula ke sebuah Pusat Pemulihan Dadah Swasta juga di selatan tanah air. Mujur pada hari Ahad, programnya ditangguhkan di saat-saat akhir kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.

Sekadar memasukkan beberapa gambar sebagai tatapan. Nak masuk semua, tak daya nak tunggu upload yang makan masa jugak la.. Lihat la para pelajar ni mcm khusyuk mencatat sbb lps ni ada hadiah untuk sesi menjawab kuiz.

Dua pelatih pusat rawatan yang ditemuramah. Mereka ini menyimpan hasrat yang besar untuk kembali pulih seperti sediakala.

Sempat juga bergambar dengan salah seorang pelatih ini. Remaja ini baru berusia 20 tahun tapi sayang, terlibat dengan dadah sejak berusia 16 tahun lagi. Sungguh mereka ini memerlukan bantuan kita untuk pulih semula.
Alhamdulilah, selesai dua tugasan luar. Minggu depan program dengan Jabatan Bomba pulak. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Aminnn...














Tiada ulasan:
Catat Ulasan