Tinggal la pesan

Selasa, Mac 31, 2009

Al-Quran Menyembuhkan Penyakit

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat pendinding kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa’ ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 28 hingga 44, ayat-ayat di dalam Surah Taha, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat “penyejuk” iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau “moody” tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati.

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Ayat-ayat di dalam Surah Maryam dan Surah An-Nisaa’ dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan kaum perempuan seperti fibroid, ovarian cysts, dll.

- Ayat-ayat di dalam Surah Al-Qasas, Surah Al-Israa’, Surah Ash Syura, Surah As Saaffaat, Surah Ambiyaa’, Surah Al-Ahqaaf dan sebagainya banyak digunakan untuk mengubati sakit badan seperti jantung, sakit buah pinggang, dll.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

(petikan dari http://blog.zakariamohamad.com)

Ahad, Mac 29, 2009

Bengkel Kaunseling Perkahwinan USIM Part 2

Semalam saya dan dua orang rakan SPADA yang lain iaitu Yan dan Cikgu Jai telah dijemput untuk menjadi Pengerusi Majlis BENGKEL KAUNSELING PERKAHWINAN & SEKSUALITI di kampus utama Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Agak gementar juga nak jadi pengerusi majlis ni sebab faham-faham aje lah protokolnya. Kalau tak prepare betul-betul, kucar-kacir majlis tu nanti. Mujur Cikgu Jai yang dah banyak pengalaman dalam hal ni menawarkan diri untuk buat skrip awal. Saya dengan Yan cuma perlu ubah sikit-sikit je. Fuh... mujur semuanya ok. Seronok menghadiri bengkel kali ni. Ye la...tengok tajuknya tu..Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti. Hangat betul dibuatnya dalam dewan yang sepatutnya sejuk dek aircond tapi panas dan tak berkelip mata dibuatnya. Haha... Penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang. Encik Halim, Prof Ahmed Mahir, Prof Saedah, Dr Ismail Tamby (Pakar Sakit Tuan) dan Ustaz Norazman (Ketua Eksekutif di Majlis Agama Islam N9) pun ada dengan tajuk masing-masing. Rasanya tak rugi pada sesiapa yang hadir pada dua hari tersebut. Banyak tip-tip berguna yang telah kami perolehi sepanjang bengkel ini.

Antaranya ialah:
1. Tips untuk mendapat anak lelaki atau perempuan.
2. Cara menangani kes-kes lesbian dan gay.
3. Bagaimana untuk mendapat kepuasan dalam hubungan suami
isteri.
4. Mengenali organ-organ seks dan fungsi tubuh badan.
5. Tempat-tempat sensitif lelaki dan perempuan.
6. Menangani masalah hubungan suami isteri mengikut prespektif
Islam.
7. DLL....hehe..nak tau lebih kena berguru la plak dengan saya
ye...huhuhu

Tapi sebenarnya walaupun semua tu kita anggap remeh sebab mungkin ia tidak berlaku dalam hidup kita, namun menurut Ustaz Norazman, masalah seks juga adalah antara penyebab berlakunya perceraian di kalangan suami isteri. Jadi dengan adanya bengkel seperti ini, sekurang-kurangnya para kaunselor akan dapat mempelajari cara untuk menangani masalah seperti ini supaya sesuatu perkahwinan itu dapat diselamatkan. Inilah julung kalinya bengkel berkenaan seksualiti diadakan oleh pihak USIM khas buat kaunselor yang sudi hadir. Saya rasa memang tak rugilah datang berkampung dua hari di sini.

Tengah kontrol ayu nih...hehe

Jualan buku ilmiah pun ada di depan auditorium. Yan sempat lagi posing tu...

Apalah yang dibualkan oleh Prof Saedah dengan Dr Ismail Tamby ni..

Cikgu Jai nampak smart hari ni. Awek dua orang ni student USIM Tahun 3.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Datin Seri Rosni binti Omar (isteri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)

Khamis, Mac 26, 2009

Always Remember

When someone tells you that you can't do something...


Look around...



Consider all options...

Then GO for it!


Use all the things God gave you!


Be creative!

In the end, you will succeed and prove them wrong!

Always remember:
'Nothing is impossible, if your heart is willing'
****Jika ia, hanya seekor siput yang sinonim dengan lembik dan lembap mampu membuktikan kehebatannya... bayangkan anda sebagai manusia yang punya anggota tubuh yang praktikal dan dianugerahkan otak yang mempunyai akal, tidak kah anda mampu lebih gagah dah kuat daripada siput ini???? Renungkan dan fikirkan lah....
**** TAWAKKAL, BERGANTUNG serta BERHARAPlah kepada-NYA dalam setiap perkara, HANYA SETELAH ANDA BERIKHTIAR DAN BERUSAHA YANG TERBAIK...

Renungkan dan fikirkanlah...

Daripada fwd e-mail. Renungkan dan fikirkanlah...
_____________________________________________________________

Jika anda rasa anda tidak bahagia.. Lihatlah mereka..

Jika anda fikir kerja anda susah.. Bagaimana dengan dia..?


Jika anda fikir gaji anda rendah.. Bagaimana dengan dia..?

Jika anda fikir anda kurang kawan.. Lihatlah dengan siapa dia berkawan..

Jika anda fikir belajar itu satu beban, apa pandangan terhadap anak ini..?

Di saat anda berputus asa.. Renungkanlah pakcik ini..

Jika anda fikir hidup anda sengsara.. adakah sengsara anda sehebat si dia..

Jika anda merungut mengenai sistem pengangkutan, bagaimana dengan mereka..?

Jika masyarakat anda tidak bersifat adil terhadap anda, apa tanggapan anda terhadap nenek ini..?

...sebab itulah keindahan itu tidak semestinya baik;
tetapi kebaikan itu pastinya indah....!!

Jadilah seperti....

Saya terima satu emel tentang hubungan antara manusia dan buah-buahan. Fakta menarik dan boleh menjadi panduan kepada yang berfikir... sungguh benar firman-Nya, setiap kejadian-Nya bukanlah perkara sia-sia....
________________________________________


Jadilah seperti jagung yang membungkus bijinya yang banyak,
jangan seperti gajus yang mempamerkan bijinya yang cuma satu...

Jadilah seperti durian,
walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam tetapi di dalamnya lembut dan manis...
jangan seperti kedondong,
di luarnya licin dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri....

Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih....

Jadilah seperti tandan petai, membahagi makanan sama rata ke biji-bijinya, semua seimbang...

Jadilah seperti cili.... semakin tua, semakin pedas...

Jadilah seperti buah manggis....boleh diteka berapa ulasnya dari bahagian bawah buahnya...

****Manusia bijak akan sentiasa menggunakan akalnya memikirkan perkara yang baik terutama tentang persekitarannya bagi meningkatkan keimanan kpd-Nya...

Jadilah seperti....

Saya terima satu emel tentang hubungan antara manusia dan buah-buahan. Fakta menarik dan boleh menjadi panduan kepada yang berfikir... sungguh benar firman-Nya, setiap kejadian-Nya bukanlah perkara sia-sia....
________________________________________


Jadilah seperti jagung yang membungkus bijinya yang banyak,
jangan seperti gajus yang mempamerkan bijinya yang cuma satu...

Jadilah seperti durian,
walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam tetapi di dalamnya lembut dan manis...
jangan seperti kedondong,
di luarnya licin dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri....

Jadilah seperti sengkuang,
walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih....

Jadilah seperti tandan petai, membahagi makanan sama rata ke biji-bijinya, semua seimbang...

Jadilah seperti cili.... semakin tua, semakin pedas...

Jadilah seperti buah manggis....boleh diteka berapa ulasnya dari bahagian bawah buahnya...

****Manusia bijak akan sentiasa menggunakan akalnya memikirkan perkara yang baik terutama tentang persekitarannya bagi meningkatkan keimanan kpd-Nya...

Rabu, Mac 25, 2009

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan - Satu Kajian Saintifik

Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.

Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).


Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.
Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.
Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.
Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

“Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kesan Zikir Pada Otak Kita

Saya agak sibuk dengan tugasan pengajian saya. Syukur ada maklumat berharga drpd seorang blogger dan pakar dalam bidang motivasi dan syariah lalu saya copy dari laman blognya untuk dikongsikan bersama.
_____________________________________

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang mudah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Jumaat, Mac 20, 2009

Masih Ada Yang Sayang

Antara beberapa 'gelagat' sepanjang program ini yang telah dirakamkan.

AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Bergambar dengan Encik Rajan (Kaunselor Hospital) selepas tamat proram.

Alhamdulilah semalam selesai satu lagi tugasan utama yang perlu saya jalankan untuk melengkapkan pengajian saya. Kali ini saya telah berjaya mengumpulkan sebahagian klien yang menerima rawatan terapi gantian Methadone di hospital tempat saya menjalani internship untuk menyertai Program Masih Ada Yang Sayang dengan dibantu oleh beberapa orang rakan SPADA . Buat pertama kalinya program ini dijalankan untuk mereka di hospital ini dan feedback yang diterima amat memberangsangkan. Program kali ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Psikiatri dan Unit Psikologi Kaunseling hospital ini. Pesertanya juga sangat-sangat memberikan kerjasama. Antara aktiviti yang telah diadakan termasuklah Ice Breaking, sesi ceramah, dan Latihan Dalam Kumpulan. Meskipun mereka adalah bekas penagih, namun mereka juga insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan beberapa kesilapan sepanjang perjalanan hidup ini. Lantaran itulah mereka amat memerlukan penerimaan masyarakat untuk kembali menjadi insan normal dan dapat menikmati kembali 'kehidupan' mereka yang telah hilang suatu ketika dulu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah banyak membantu saya untuk menjayakan program ini.

Isnin, Mac 16, 2009

Kena Tag dengan Alia

The rules are:

*Do not copy answers.
*The tag questions must be 100% the same.
*Tag people after doing tag.

1 tag:

1. Anis Pulau Indah
2. Eeeeda
3. Tirana
4. Cikgu Mar / Cikgu Zam
5. Jinggo
6. Cikgu Zana
7. KakLong
8. G
9. Along Arman

1. How do you know 1?
Anis adalah di antara rakan maya yang pertama saya kenali dalam dunia blog ni. Love U Anis.

2. What would u do if u meet 2?
Wow! Jom Eeeda...akak blanje makan...:) Sebenarnya kami dekat je. Malah tiap hari lalu depan sekolah dia. Hehehe Eeeda...jgn tak tau!

3. What would u do if 3 and 4 dated u?
Tirana...ermm...baru je kenal dia...sangat suka baca entry dia yang penuh semangat. So kalau jumpa betul-betul boleh la ajak makan-makan...hehe...yang no 4 tu diarang husband n wife...bes gak...leh makan masakan Jawa...huhuhu (asik pikir makan je ni...)

4. Would 5 and 6 make a good couple?
Jinggo...ntah la ye...dah kawen ke dia? Tak pernah pulak dengar atau baca entry tentang family dia. Cikgu Zana dah 2 anak dah pun..

5. Do u think 7 is attractive?
Fuh! Jangan tak tau KakLong tu...sangat2 attractive sebab dia pandai masak. Pandai buat cupcakes...hehehe

6. Dou know anything about 8 family?
Owh...G..ada 3 anak and a handsome husband...hahaha G..jaga2...

7. Tell me something about 9.
Along Arman orang Ganu Kiter...banyak makan kepok lekor nu...

8. What language does 2 speak?
Malay and English for sure!

9. Who is 3 going out with?
Her husband of course!

10. How old is number 4?
Cikgu Mar is 36, her husband cikgu Zam is 38 if I'm not mistaken.

11. 5?
Alamak! Tak tau ler...

12. Who is 6's favourite singer?
Zana oooo Zana..tolong jawab leh?

13. 7?
Pun nak KakLong sendiri yang jawab!

14. Is 8 single?
G dah anak 3 dah...huhuhu

15. What's 9 last name?
Errr.....apa eh?

16. Would u consider being in relationship with 1?
Yup! She's my good friend.

17. Whick school does 2 go to?
Hahaha...dia sekolah kat Damak.. (gelak besar sebab jawapannya tepat dan padat) ekekeke

18. What do you like about 3?
She's a very motivated woman. Tengok blog dia nampak orangnya kemas dan teratur. Suka baca entry dia pagi-pagi sebab buat saya sangat2 bermotivasi. Thanks and congratulation Tirana. Keep it up!

Fuhh!! Berpeluh gak nak jawab tag ni. 18 soalan tuuu...Tapi lega sebab siap gak akhirnya...Pada rakan-rakan yang nak jawab tag tu silakan. Tak nak jawab pun no problem. Saja suka2...

Ahad, Mac 15, 2009

Catlina's Award

Bermula minggu ini makin sibuk saya dengan tugasan akhir sebelum mengakhiri sesi study saya sejak Julai lepas. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Ingat hujung minggu macam ni nak 'lepak' je kat umah sebab banyak keje yang nak kena settle kan. Tapi alih-alih mak ngan ayah ajak gi kenduri kawen umah sepupu pulak kat Meru Klang. Tak pegi nanti apa pulak kata diarang. So nak tak nak pegi la jugak. Bila sampai kat umah tu rasa cam tak cukup masa pulak. Maklum la, semua sepupu sepapat adik beradik sedara mara berkumpul. Tapi sebab nak kena hantar mak ayah balik terpaksa la angkat kaki sebelum matahari terbenam. Malangnya saya tak dapat nak snap gambar sebab abang lupa nak bawak balik kamera, (tertinggal kat BP) kepas ke Johor hari tu. Sampai je kat umah, saya apa lagi...terus online. Tengok2 ada award dari kawan blogger yang memang setia memanjangkan award yang diterima olehnya. Inilah dia award dari Catlina yang tinggal nun jauh di selatan. Rajin jugak dia jenguk blog kawan-kawan walau tengah sarat betul sekarang ni. Mekasih ye Cat. Jaga diri elok-elok. Ni lah awardnya. Banyak tul. Tak cukup tangan nak gendong. hehe..

Jumaat, Mac 13, 2009

Lawatan Sambil Belajar ke Klinik Methadone Tampin

TAMPIN: 19 Mac 2009. Seramai 11 orang pelajar SPADA telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Pusat Kesihatan Kecil Tampin, Negeri Sembilan semalam. Turut menyertai lawatan ini adalah doktor dan kakitangan Klinik Kesihatan Ampang, pegawai AADK dan PRS. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang Terapi Gantian Methadone sebagai salah satu cara menangani masalah dadah di negara ini. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Darma dan semua staff Pusat Kesihatan Tampin yang telah banyak membantu dalam berkongsi maklumat dengan kami. Malah kami juga dijamu dengan jamuan tengahari yang sungguh menyelerakan pada hari itu sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur sekitar jam 2.30 petang.

Selasa, Mac 10, 2009

Ceramah Anti Dadah di sekolah

DAMANSARA: 6 Mac 2009. Selesai sudah ceramah anti dadah peringkat sekolah yang telah saya dan rakan-rakan (Mai dan Mar) sama prektikum adakan. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar dan 'respon' yang diterima dari pihak sekolah juga dari para pelajar amat menggalakkan. Selain itu rakan-rakan yang terlibat juga telah mengadakan sesi Bimbingan dan Kaunseling kelompok bersama pelajar terpilih untuk membantu para pelajar tersebut berkaitan dengan masalah pembelajaran mereka yang diadakan di bilik B & K sekolah ini. Pada akhir sesi ceramah ini, kami telah mengadakan kuiz dan memberikan sedikit cenderamata kepada pihak sekolah sebagai tanda kenangan dari kami.

Para pelajar bersiap sedia menanti ceramah anti dadah di dewan terbuka sekolah.

Bersemangatnya para pelajar ini nak jawab soalan kuiz. Maklum la...dapat hadiah!

Dalam sebatang rokok ada macam-macam racun tau!

Pemuda harapan bangsa...pemudi tiang??...ada yang jawab tiang bendera cikgu! Confident sungguh jawapannya tu...huhuhuhu

Penyampaian cenderahati kepada cikgu Suhaida selaku guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini.

Fuh! Lega...selesai ceramah sempat pulak kami ke GIANT supermall berhampiran. Maklum aje lah...hari Jumaat kan lama sikit rehatnya!

Kenmain lagi si cantik manis ni...Cik Mar senyum sampai ke telinga berposing dalam super mall....

Isnin, Mac 09, 2009

Keajaiban Air

Kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai air dan rupa bentuknya yang berkait rapat dengan tiap tutur kata kita. Mungkin sudah ada yang mengetahui tentang artikel ini namun anggaplah ini sebagai 'ulangkaji' semula agar kita sama-sama dapat mengambil ikhtibar dari apa yang telah Allah tentukan.

Di Jepun, Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dgn tekun melakukan penelitian tentang perilaku air dan menulis buku tentang ’The True Power of Water’.

Menurut beliau air boleh "mendengar" kata-kata, "membaca" tulisan, dan "mengerti" pesan serta merakam pesan seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi(tumpuan) pemberi pesan, semakin dalam pesan tercetak di air. Air boleh memindahkan pesan tadi melalui molekul air yang lain.

Kristal air yang dirakamkan Gambar 1 adalah air selepas dibacakan doa untuk menyembuhkan penyakit.

Gambar 1

Ketika dibacakan doa dalam Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. (Gambar 2)


Gambar 2

Ketika dimainkan muzik symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. (Gambar 3)
Gambar 3

Ketika muzik heavy metal diperdengarkan, kristal akan hancur. (Gambar 4)
Gambar 4

Kristal air ini 'merakam' lagu 'Imagine' dari John Lennon. Seperti lagunya kristal ini unik dan indah. Setiap elemen tumbuh dengan harmonis. (Gambar 5)Gambar 5

Apabila diungkapkan kata 'war' kepada kristal air (sebelah kiri) maka bentuk kristal 'peace' (sebelah kanan) berkecai menjadi seperti bentuk pesawat. Gambar dirakam sebelum kejadian WTC pada 9 Sep. (Gambar 6)
Gambar 6

Seterusnya apabila ditunjukkan kata 'malaikat' terbentuk rantai dengan kristal hexagon yang indah (kiri) dan ketika ditunjukkan gambar 'syaitan', kristal berbentuk buruk dengan bola api di tengah. (Gambar 7)
Gambar 7

Kristal air yang dirakam dari mata air yang jernih di Jepun. (Gambar 8)Gambar 8

Subhanallah Maha Suci Allah Yang Telah Menciptakan Bumi, Langit Beserta Isinya.

Sabtu, Mac 07, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Semoga kita menjadi ummat Muhammad yang diredhai dan berkualiti dunia akhirat. Salam sayang dari kakyong.

Khamis, Mac 05, 2009

Emosi Dan Kesan Pada Kesihatan Diri

Maklumat berikut diperolehi dari Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin salah seorang ahli lembaga pengarah Sureco yang merupakan pakar perubatan rawatan alternatif.

Kajian ini adalah hasil pemerhatian dari berbagai-bagai sumber. Emosi dan perlakuan rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita.

1. Kondem Orang - Pengerasan arteri (salur darah) dan sakit tekak
2. Menganiaya - Sakit belakang
3. Menyindir - Bongkok
4. Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang
5. Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang
6. Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan – Kanser
7. Menyimpan sesuatu - Sembelit
8. Menyampah kepada seseorang - Batuk
9. Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru
10. Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi
11. Memendam rasa - Sakit pinggang
12. Kekesalan - Hati (liver)
13. Ketegangan emosi - Tengkuk tegang
14. Sedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas
15. Komplen - Organ seks
16. Menyimpan dendam - Gastrik

Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi di atas. Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.

Rabu, Mac 04, 2009

Bersama pelatih PLKN Sembrong

BATU PAHAT: 2 Mac 2009. Sekali lagi saya berkesempatan mengikuti aktiviti bersama AADK Daerah Batu Pahat yang diketuai oleh Encik Dzulkifli (Penolong Pegawai AADK). Kali ini aktivitinya nun jauh di dalam kebun kelapa sawit sebelum bertemu dengan ampangan Sembrong di penghujung jalan. Nak masuk ke sana ada jugak la dalam 5 km. Saya dan suami tersesat juga sebelum jumpa jalan yang betul. Tapi alhamdulilah, sampai juga ke tempat yang dituju. Aktiviti kali ini dijalankan selama dua hari yang merangkumi sesi ceramah tentang dadah, LDK dan pembentangan LDK oleh peserta PLKN di sini. Pameran contoh dadah juga diadakan di sini.
Peserta sedang memerah minda macam mana nak bina menara kumpulan.
Asrama wirawati.
Sedang membahagi-bahagikan bahan LDK.
Aktiviti kumpulan.
Bergambar dengan staf AADK. Dari kiri Dewi, Shima, saya dan Mimi.
Sempat juga bergambar depan ampangan sebelum balik.