Tinggal la pesan

Jumaat, Mac 19, 2010

Sehari di Puspen PERSADA Sg Besi dan Sehari di Genting Highlands

Jom ke Genting!! Semalam kakyong ke Genting. Saja jenjalan ubah angin. Lagi pun tak jauh dari rumah kakyong. Lebih kurang 60km je. Kalau drive sendiri sejam dah sampai atas bukit tu. Mulanya nak naik cable car tapi tutup pulak sebab time tu angin kuat. Tak sampai hajat nak naik benda tu. Apa lagi...kami drive je la sendiri. Kami kat sana tak lama sebab dah petang. Jalan-jalan je la... hubby kata lain kali kita try tido sini pulak la... best sini...sejukkk....wah!!..kakyong pun apa lagi...I likeeee.....
Jom ke Genting Highlands!!
Amboiiii...posing baik punyaaa ye abang...
Macam kat oversea plak...
Lunch hour... time ni dah pukul 3.30 petang...lapo..
Posing kat Eiffel Tower la kononnya ni...hehe

Uikkk...Eiffel Tower pun ada kat Genting???

Snow House

Haha...sejukkk... Sokong Chelsea nampak???

Haunted House...abang..hidup Chelsea...hihi...
Teringin nak naik roller coster ni tapi takuttt...
Patung-patung ni tengah nyanyi tau... life lagi....hihi...


Habis dah cite makan angin. Ni cite pasal hal kuliah pulak. Selasa lepas kakyong dan kawan-kawan ke PERSADA Sg Besi. Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu PERSADA? PERSADA ialah tempat pusat serenti bagi mereka yang ingin pulih dari masalah dadah. Kakyong ke sana sebab hendak menyelesaikan satu assingment yang diminta oleh lecturer. Nak lihat bagaimana group kaunseling dilaksanakan. Sampai sesat-sesat la kakyong nak cari tempatnya ni. Mujur akhirnya jumpa gak tapi lewat 2 jam. Tengok aje la gambar-gambar ni ye. Gambar kakyong tak ada kat sini sebab jadi jurufoto tak bertauliah...saper pulak nak ambik kakyong? Huhu...

Sesi kaunseling kelompok sedang berjalan...
Mus dan Yan sedang berbincang apa la tu ye...
Anuar dan Ibrahim satu kombinasi yang sensasi nih...hihi...rancak betul berbincang...yang sebelah kanan sekali tu salah seorang staf di PERSADA.

Shikin dan Lenny sedang mendengar sesuatu dari kaunselor PERSADA Puan Haslina Hashim.

2 ulasan:

ONE ZABA berkata...

kat tempat salji tu tak ada penguin ke...

kakyong berkata...

Penguin belum ada la One...tak sempat nak ternak kot...hihi