Ahad, Februari 20, 2011
Lamanya tak update blog ni
Ahad, November 07, 2010
Sayangku Ifwad
Siapa pulak ni? Emmm...inilah salah seorang murid kesayanganku... Namanya Mohd Ifwat. Melihat keadaannya pun saya rasa ramai yang tahu apa masalah murid ini. Ifwat seorang murid yang aktif bersosial dengan kawan2. Cuma cabaran buat kami yang mengajar murid ini ialah dia seorang murid yang bukan lagi termasuk dalam kategori slow learner tetapi mungkin memerlukan perhatian khas pakar pembelajaran atau pendidikan khas. Ifwat telah dimasukkan ke dalam kelas pemulihan sejak dari tahun 1 lagi. Kini dia di dalam Tahun 3, bermakna telah tiga tahunlah dia mengikuti kelas pemulihan. Namun menurut guru pemulihannya, Ifwat seolah-olah tidak memahami apa yang diajar walaupun hanya untuk mengingati ABC atau 123. Bukan itu saja, Ifwat juga tidak jelas butir pertuturannya. Pelat namun kami masih dapat memahami mengikut bahasa tubuhnya. Misalnya jika dia inginkan sesuatu, dia akan menunjuk ke arah benda tersebut.
Inilah hasil tulisannya. Hanya begitulah bentuknya. Tiada langsung sebarang makna. Melihat dari jauh, dia seolah-olah beria-ia menulis. Namun bila diselidiki rupanya inilah yang ditulisnya.
Apa yang patut dilakukan pada Ifwat demi masa depannya? Nanti saya cerita lagi tentang Ifwat ini ye... Jumpa lagi. Assalamualaikum.
Selasa, Mac 30, 2010
Belum Pencen Daa...
1. Adakah anda rasa HOT?
Ye...ada. Terutama masa cuaca panas ni... tinggi je temperature...hehe
2. Upload wallpaper PC/laptop yang ada guna sekarang.
3. Cerita pasal gambar ni.
4. Kali terakhir makan pizza?
Bulan lepas. Errr...apa kena mengenanya ye soalan nih?
5. Lagu terakhir anda dengar?
Lagu apa ntah...nyamuk pagi tadi duk nyanyi kat telinga kakyong ni. Lupa nak tanya tajuk
lagu dia nyanyikan tu...:)
6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Kemas umah...
7. Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
sayang (oleh cik abang), bonda (anak-anak), kakyong (adik-adik), umi (anak buah), teacher,
akak, kadang-kadang makcik...hehehe...dah sampai seru!
8. Tag lagi 5 orang.
jinggo, akulah bapak, Tirana, cikgu eeeda, kak ina KL
9. Siapakah no 1 pada anda?
Jinggo - seorang yang teguh prinsip hidupnya, berfikiran positif, motivated person...
10. Katakan sesuatu pada orang no 5.
Hi Kak Ina...menu apa masak hari ni?
11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
Not sure...err...apa kata kita tanya dia je la ye...but I like her blog..
12. Bagaimana pula dengan no 2?
Bapak.... anak sihat?
13. Kata-kata cinta untuk orang n 4.
Kebetulan kena kat cikgu eeeda ni...ermm...apa-apa pun sayangi Allah dulu, diri sendiri, ibu
bapa dan mereka yang dekat dihati kita...(cewahhh...)
14. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang tag anda...
duk kat kampung kakyong, seorang guru, kelakar, orang Perak gak, selalu gi TF...hik2x
Fuhhh...berpeluh dahi nak jawab 14 soalan nih! Ngalahkan orang nak interview kawen...hahaha...DUN...selesai hutang eh!
Sabtu, Mac 20, 2010
Kena tag not tax!
Award datang lagi. Setelah sekian lama akhirnya ia muncul kembali. Apa pun thanks to blogger cutemute78 for this award. I likeeee... Cuma bab nak jawab tag tu yang sikiiiiiittt slow. What ever it is, these are my answers to your tag sis.
Jumaat, Mac 19, 2010
Sehari di Puspen PERSADA Sg Besi dan Sehari di Genting Highlands
Jom ke Genting Highlands!!
Amboiiii...posing baik punyaaa ye abang...
Macam kat oversea plak...
Lunch hour... time ni dah pukul 3.30 petang...lapo..
Posing kat Eiffel Tower la kononnya ni...hehe
Uikkk...Eiffel Tower pun ada kat Genting???
Snow House
Haha...sejukkk... Sokong Chelsea nampak???
Haunted House...abang..hidup Chelsea...hihi...
Teringin nak naik roller coster ni tapi takuttt...
Patung-patung ni tengah nyanyi tau... life lagi....hihi...Habis dah cite makan angin. Ni cite pasal hal kuliah pulak. Selasa lepas kakyong dan kawan-kawan ke PERSADA Sg Besi. Mesti ada yang tertanya-tanya apa itu PERSADA? PERSADA ialah tempat pusat serenti bagi mereka yang ingin pulih dari masalah dadah. Kakyong ke sana sebab hendak menyelesaikan satu assingment yang diminta oleh lecturer. Nak lihat bagaimana group kaunseling dilaksanakan. Sampai sesat-sesat la kakyong nak cari tempatnya ni. Mujur akhirnya jumpa gak tapi lewat 2 jam. Tengok aje la gambar-gambar ni ye. Gambar kakyong tak ada kat sini sebab jadi jurufoto tak bertauliah...saper pulak nak ambik kakyong? Huhu...
Shikin dan Lenny sedang mendengar sesuatu dari kaunselor PERSADA Puan Haslina Hashim.
Ahad, Mac 14, 2010
2 dalam 1
Sambil makan pun boleh mengadap netbook.
Rabu, Mac 10, 2010
Study dan Exam
Selasa, Mac 09, 2010
Ku Kehilangan Mu
Isnin, Mac 08, 2010
Goreng Pun Sodapppp
Selasa, Mac 02, 2010
Konvokesyen SPADA 2008/2009
Salam pagi Selasa. Hari ini kakyong nak share kenangan sempena konvokesyen SPADA (Speciality Programme in Alcohol and Drugs Abuse) yang telah diadakan pada Julai tahun lepas di Pusat Konvensyen Putrajaya. Dah lama sebenarnya kakyong nak abadikan kenangan indah itu di sini tapi memandangkan beberapa waktu dulu waktu agak terbatas, baru kini kakyong berpeluang mengimbau kembali detik bersejarah itu di sini. Sebenarnya tak ramai yang tau dan tak ramai juga yang berminat nak ambil kursus ni sebab ia berkaitan dengan dadah dan kursus yang ditawarkan juga hanyalah pada peringkat Diploma Lanjutan sahaja. Tapi kakyong agak teruja untuk mencuba kerana beberapa sebab walaupun pada hakikatnya semua yang mengambil kursus ini adalah kakitangan kerajaan yang sudah pun mempunyai first degree masing-masing . Pertamanya kakyong memang suka mencuba perkara-perkara baru, kedua dapat ilmu tentang dadah dan ubat-ubatan (farmakologi) dan ketiga sebab dapat cuti belajar bergaji penuh ditambah pula dengan elaun bulanan dan elaun alat tulis yang diberikan oleh pihak kementerian untuk menggalakkan kakitangan awam menambah ilmu. Bertuah kan? Dapat ilmu, dapat pulak elaun. Belajar dengan tajaan sepenuhnya. Berbaloi-baloi.... Ok la. Jom layan gambar-gambar di bawah ni.
Sabtu, Februari 27, 2010
Honeymoon Di Sabah
Salam buat semua kawan-kawan kakyong. Apa khabar ye? Lama sungguh kakyong menyepikan diri. Terlalu banyak yang kakyong ketinggalan mengenai cerita terkini kawan-kawan. Ingat ke nak stop berblog dah. Sampai password nak masuk blog sendiri pun kakyong dah tak ingat sebenarnya. Try punya try, akhirnya dapat juga pass masuk blog ni balik. Hmmm.. banyak cerita yang nak dikongsikan bersama. Tapi buat permulaan untuk Tahun 2010 ni kakyong nak share pengalaman makan angin bersama family ke negeri di bawah bayu @ Sabah. Seronok sangat. Bukan tak pernah sampai ke sana sebelum ni tapi kali ni lebih seronok dan bahagia sebab pergi dengan yang tersayang. Betul-betul punya cuti selama 10 hari 9 malam. Tak pening kepala fikirkan masalah kerja. Boleh dikatakan kami menjelajah hampir ke seluruh negeri Sabah. Jom share tengok gambar-gambar yang sempat kakyong rakamkan ni. Tapi gambar-gambar ni kakyong upload dari mula, maknanya yang terakhir menjadi gambar pertama di sini. Nanti insyaallah kakyong share cerita lain pulak ye.
Dah nak balik dah...
Kat airport Tawau.
Berlatarbelakangkan Fort Jesselton. (Nama dulu bagi Kota Kinabalu)
Saper snap saper ni?.... Lokasi di belakang pasar Philippines.
Ni gambar kat dalam hotel Le-Meridian Kota Kinabalu.
Bergambar depan papantanda di Semporna Resort Sabah. Bukti ni tau. Tandanya kami dah pernah sampai sini. Hehe..






















