Tinggal la pesan

Jumaat, Januari 16, 2009

Day 4 in Vietnam (12 Januari 2009)


Pagi hari ke empat kami ke Bhan Than Market. Apa lagi, tempat shopping ler... Bergambar dengan Anis depan kedai kasut.

Ini pulak sedang tunggu kawan-kawan dok belek kain sutera Vietnam. Dapat la RM30 sepasang lebih kurang duit kita. Banyak betul depa borong. Saya tak beli pun sebab ada benda lain yang nak saya beli.

Kat sini saya beli T-shirt Vietnam untuk keluarga di Malaysia. Bergambar dengan cikgu Jai dan awek Vietnam.

Kat kedai nilah saya beli kasut kulit sport untuk abang tercinta. Dah bagi pun kat dia. Cantik katanya. Sebelum beli saya sempat call abang dulu nak confirm saiz kasut yang dia pakai.

Jangan terkejut! Saya nak try drive bas ni sebab left handed drive. Kat Vietnam ni drivernya sebelah kiri. Ikut Eropah.

50000 Dong Vietnam. Sama dengan RM10 duit kita lebih kurang. Kita jadi orang kaya baru kat sini. Semua pakai ribu-ribu je duitnya.

Bergambar depan Donga Bank. Salah satu bank terkenal di Vietnam. Masa ni saya baru tukarkan duit USD ke Vietnam Dong ditemani Cikgu Sham.

Sungai di Vietnam. Luas sungainya.

Ini tol kedua yang kami lalu. Warna biru pulak tolnya. Kat sini tolnya berbeza-beza warna. Mungkin diswastakan agaknya.

Tiba di Pusat Serenti di Vietnam. Lawatan akademik kami yang pertama di Vietnam. Kat sini penghuninya dilatih dengan pelbagai kemahiran supaya apabila keluar dari pusat ini nanti akan dapat kembali menjadi manusia normal dan boleh membangunkan ekonomi negara. Namun sekiranya tiga kali dimasukkan ke pusat serenti, maka mautlah yang menanti. Kerajaan Vietnam memberi peluang sebanyak tiga kali sahaja kepada penagih yang relaps. Selepas itu mereka akan disuntik dengan ubat maut jika terus terlibat dengan dadah. Jangan terkejut kalau saya katakan kebanyakan pekerja mahir Vietnam yang datang bekerja di kilang-kilang di Malaysia ini sebahagiannya adalah bekas penagih dadah. (menurut juru bahasa kami).

Inilah pelatih wanita di pusat serenti ini. Mereka nampak mesra dengan kehadiran kami di sini. Walaupun tak faham berbahasa Inggeris tapi masih boleh berinteraksi dengan menggunakan bahasa isyarat.

Back drop mengalu-alukan kehadiran kami di Pusat Serenti ini.

Bergambar kenangan dengan Ketua Jabatan Pusat Serenti Vietnam bersama konsulat Malaysia. Kami pulang ke hotel yang jauhnya kira-kira 2 jam perjalanan. Tiba di hotel sekitar jam 9.30 malam waktu Vietnam.

1 ulasan:

Noorhisham berkata...

indahnya kenangan hidup didunia, dengan kasih sayang Tuhan, masih ada lagi hal yg boleh kita ulangi untuk menikmatinya ketika berada di syurga nanti. Buah-buahan spt didunia pun ada di syurga,sama rasa bahkan lebih enak, cuma tidk busuk dan buruk. Jarak antara satu syurga ke syurga yg lain adalah seluas langit dan bumi.Luas pintu syurga spt antara BAsrah dan KUfah