Pada hari kedua kami telah melawat ke beberapa tempat bersejarah di Vietnam. Seawal pukul 5.30 pagi kami dah bangun untuk solat subuh. Kira-kira 6.15 pagi sudah pun terbit fajar. Waktu di sana awal satu jam dari waktu di Malaysia.

Bergambar di awal pagi. Suasana di sini agak dingin. Macam di Cameron Highland kita. Lihatlah di belakang kami itu. Berserabut talian telekom dan elektrik pada tiang.

Bangunan gereja. Antara bangunan menarik di Vietnam.

Sawah padi.

Masing-masing melayan fikiran sendiri sambil menikmati pemandangan sekitar Vietnam sepanjang perjalanan lawatan.

Singgah sekejap di stesen minyak kerana ada yang nak terkucil. Sempat juga bergambar kenangan di sini.

Akhirnya setelah hampir dua jam perjalanan dari hotel, kami tiba di Cau Dai Temple tempat ibadat semua agama. Tapi malangnya ia langsung tidak sesuai untuk kita yang beragama Islam kerana banyak patung-patung ular dan naga di dalamnya. Menggerunkan pulak saya rasa.

Setelah kira-kira sejam di Cau Dai Temple, kami meneruskan perjalanan ke Chu Chi Tunnel pula iaitu salah satu tempat bersejarah di Vietnam. Lihatlah terowong yang saya maksudkan itu di atas.

Bergambar dengan awek Vietnam yang menjadi jurupandu di sini.

Bergambar ramai-ramai pula.

Ini ialah lubang terowong bawah tanah yang hanya muat seorang dewasa Vietnam. Untuk orang kita yang bertubuh besar, jangan cuba-cuba nak masuk. Naya je nanti.

Lihatlah demo yang ditunjuk oleh jurupandu merangkap jurubahasa kami di sini.

Patung tentera Vietnam. Nakal si Farid tu.

Kereta kebal zaman perang sekitar 1940an dulu.

Papan tanda di dalam Chu Chi Tunnel. Tempat menembak berbayar. Nak try guna senjata bolehlah di sini.

Pada malamnya kami dijemput makan malam di rumah konsulat Malaysia. Inilah rumahnya. Kami pulang ke hotel kira-kira jam 11 malam waktu tempatan. Selesai sudah lawatan kami untuk hari kedua di Vietnam.
1 ulasan:
Seronoknya kakyong g vietnam..:)
Catat Ulasan