Tinggal la pesan

Jumaat, Januari 16, 2009

Hari Ketiga di Vietnam (11 Januari 2009)


Pada hari ketiga kami telah dibawa melawat Masjid orang-orang Champa tak jauh dari hotel. Kena lalu tol. Inilah tol pertama yang saya lihat di Vietnam ni. Warna oren lagi.

Pemandangan rumah orang-orang kaya di sini. Harga rumah ni menurut tourist guide kami sekitar setengah juta dolar US.

Inilah masjid Annur di tengah-tengah bandaraya Ho Chi Minh City.

Sebelum berpisah kami dijamu dengan mi sup orang-orang Melayu Champa. Sedap juga tau. Rasanya tak jauh beza dengan mi sup kita.

Kami meneruskan perjalanan ke Delta Mekong pula. Tapi singgah sekejap di stesen minyak untuk meluruskan pinggang dan buang apa yang patut sebab perjalanan mengambil masa hampir dua jam dari bandaraya.

Dah pun berada dalam bot di tengah-tengah Sungai Mekong.

Ini adalah laluan sempit untuk masuk ke perkampungan di beberapa buah pulau di Delta Mekong ini.

Macam dalam citer hindustan plak. hehe...dengan farid depan dek bot.

Inilah pemandangan di dalam kampung yang terdapat di pulau sekitar Delta Mekong ini.

Rumah mereka tak jauh beza dengan rumah di tempat kita.

Selepas dijamu dengan buah-buahan, kami dibawa menaiki kuda pula. Satu pedati hanya boleh dinaiki 6 orang saja.

Selepas menaiki kuda, kami dibawa menjamu madu lebah dicampur titisan limau. Kemudian naik perahu pula untuk ke bot yang sedia menanti kami di hujung jeti.

Nak jugak bergambar dalam perahu. Kami menghabiskan masa sehingga jam 7 malam di sini sebelum pulang ke hotel.

Tiada ulasan: