Hari kelima adalah hari lawatan akademik kami yang kedua di sini. Kali ini kami berpeluang melawat Pusat Serenti yang diuruskan oleh pihak swasta. Lokasinya tak jauh dari hotel iaitu kira-kira setengah jam perjalanan. Dalam perjalanan ke lokasi tersebut, berlaku banjir pula kerana kawasannya berhampiran dengan sungai.


Kami disambut dengan mesra oleh semua penghuni di sini. Para pentadbir di pusat ini terdiri daripada bekas-bekas polis dan tentera yang telah bersara. Tempat ini memang ekslusif kerana penghuninya diberi layanan vip. Malahan bilik detox (bilik yang diasingkan khas buat penagih yang baru masuk untuk menghilangkan gian mereka) semuanya ada aircond, katil dan tilam macam di hospital kerana mereka mengangap penagih ini sebagai pesakit yang memerlukan rawatan dan penjagaan khas. Mungkin kerana semua penghuni yang hendak masuk ke pusat ini perlu membayar kira-kira 300USD sebulan. Berbeza dengan tempat kita, penagih dimasukkan ke dalam bilik detox yang beralaskan tikar atau pangkin saja. Kami juga berpeluang bertemuramah dengan penghuni di sini.

Inilah guru Bahasa Inggeris yang sedang mengajar penghuni di sini. Sempat juga saya berbual dengan guru ini. Beliau hanya mengajar secara sambilan iaitu seminggu sekali di pusat ini. Selebihnya beliau mengajar di sebuah sekolah berhampiran.
Sebenarnya saya hendak fokus pada kawat berduri di atas bumbung pusat rawatan ini. Yang di sebelah tu ialah jurugambar pusat rawatan ini.

Bergambar dengan Profesor sebelum pulang. Mereka menyerahkan sebuah hasil kraftangan yang cantik dan unik.

Inilah hasil seni yang saya maksudkan itu.

Ini adalah bunga yang saya snap sendiri yang dijaga oleh penghuni di pusat ini.

Setelah melawat pusat serenti, kami berhenti makan tengahari di Restoran Shamsudin iaitu seorang warga Vietnam yang beragama Islam. Lega rasanya dapat makan tanpa was-was.

Cikgu Sham ni pulak sedang mengajuk gaya Cik Nor bercerita. Hehe..

Sempat lagi bergambar di hadapan kedai. Purse yang saya pegang tu baru saja saya beli di Bhan Than Market. :)

Habis makan kami menuju ke sebuah Universiti Kesihatan di bandar Ho Chi Minh City. Lawatan akademik kami yang ketiga berkaitan dengan dadah.

Di dalam perpustakaan mereka kami diberi sedikit penerangan tentang masalah dadah dan rawatan yang diberikan di negara mereka oleh beberapa orang Doktor dan Timbalan Dekan Universiti.

Sebelum pulang ke hotel, kami sempat kembali ke Bhan Than market untuk menghabiskan duit. Hehe... Selagi tak tutup, selagi itulah kami berada di sini. Market ini ditutup jam 6 petang. Saya dan Cikgu Jai sepakat mencuba beca Vietnam untuk pulang ke hotel. Sebenarnya tak jauh pun. Kalau berjalan, hanya 10 minit je. Tapi sebab nak merasai pengalaman menaiki beca di sini apatah lagi dengan jalan yang sibuk, kami terus naik. Kena 'sembelih' jugak dengan penarik beca Vietnam ni. Mana taknya, bayaran sepatutnya 1USD (RM3.50) seorang tapi depa mintak sampai 150000 Dong. Maknanya kami kena bayar dalam RM20 untuk dua orang. Bayar la jugak...

Inilah persembahan Water Puppet yang saya maksudkan. Persembahan berlangsung selama 40 minit berkisar tentang cerita petani dan dongeng Vietnam. Walau tak faham bahasa mereka tapi kami agak terhibur dengan persembahan kerana memang unik.

Di akhir persembahan Tok Dalang muncul dari belakang tabir. Ramai juga pengendali puppet show ini. Yang kelihatan dalam gambar ini bukan puppet lagi tau, itulah Tok Dalang yang saya maksudkan.

Bergambar ramai-ramai di depan panggung sementara tunggu bas untuk pulang ke hotel. Tapi malangnya bas tak kunjung tiba. Tak tau kenapa. Akhirnya kami pulang dengan berjalan kaki. Tak jauh sangat sebenarnya. Dapat la jugak menikmati suasana malam di bandar Ho Chi Minh City.

Sebelum pulang singgah makan malam dulu di kedai halal milik warga Singapura. Restoran Lion City namanya. Pekena nasi lemak. Berakhirlah aktiviti hari kelima kami di Vietnam.

































































