Pagi tadi sedang saya menyiapkan tugasan terakhir tiba-tiba printer saya kehabisan ink. Niat hati petang-petang sikit baru nak ke SPADA untuk hantar tugasan tu. Bila dah habis ink, terpaksa la saya bersiap-siap untuk segera print kat sana dan hantar terus. Bila sampai, jumpa pula dengan Mus dan Wan Na yang katanya memang saja datang, juga sebab nak hantar tugasan akhir. Seminggu tak jumpa kawan-kawan. Terasa rindu pulak. Kami di sana sampai pukul 2 petang. Akhirnya sepakat ke SOGO. Jalan kat sini tau-tau ajelah. Jem tak kira masa. Namun kami redah jugak jem tu. Wan Na memang nak cari kemeja untuk birthday suaminya esok. Mus pulak nak cari handbag untuk kakaknya yang dah lama janji nak beli. Saya? Saya ni driver je. huhuhu... Saya tak rancang nak shopping sebenarnya. Kadang kalau berkenan terus beli. Kan saya ni tak reti shopping? hehe...Saya naik ke tingkat dua bahagian wanita. Ingat nak tengok la kalau-kalau ada baju-baju yang berkenan, saya grap je. Tapi tak ada pulak yang berkenan di hati. Akhirnya saya dan Mus balik hampir pukul 7 tadi. Jalan masih jem. Pukul 8 malam baru sampai umah. Apa nak buat kan?
Jumaat, Januari 23, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
















4 ulasan:
sini port pusat beli perfume... memang sentiasa ada sales...
salam untuk 2 orag aweks tu, dah ada pak we ke belum yg 2 orang member tu
ye la pusat. Lalu kat tempat perfume tu je dah cukup wangi...
amboiiii...nak ngurat eh? td dh tgk gbr2 vietnam kat hashrig. gbr sabah pn ada yg x tgk lg. baru dpt amik gbr kawe karaoke ngn jaja dulu. huhuhu
Catat Ulasan