Tinggal la pesan

Khamis, Februari 19, 2009

Hadapilah Hidup Dengan Tabah

Pengalaman mengajar kita erti ketabahan. Dalam hidup tak semuanya indah. Ada masa, hari-hari yang kita lalui penuh dengan cabaran dan halangan. Ada masa, kita tak sedar pun hari tersebut berlalu dengan pantas. Namun apa yang pasti, hidup perlu diteruskan. Hadapi segalanya dengan tabah dan yakin. Apa pun yang berlaku, semuanya ada hikmahnya.

Seringkali apabila saya dilanda sesuatu masalah, pasti saya akan cepat-cepat mengingatkan diri sendiri bahawa Allah sedang menguji keimanan saya. Seringkali juga saya mengingatkan diri saya bahawa saya insan terpilih untuk menghadapi cabaran ini kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Tak mungkin DIA akan membebani saya dengan sesuatu yang tak mampu saya tanggung. Jadi, saya akan hadapi segalanya dengan senyum dan yakin bahawa semua masalah ini hanyalah sementara. Pasti ada sesuatu yang cukup manis untuk saya di penghujung segalanya. Alhamdulilah, melalui pengalaman, saya menjadi seorang yang semakin tabah dan redha. Redha di atas segala yang telah DIA tentukan.

Saya yakin, kawan-kawan juga ada yang mengamalkan cara seperti saya ini dalam menangani masalah masing-masing. Percayalah! Sekiranya kita berfikiran positif, insyaallah, kita tidak akan terlalu dibebani dengan masalah yang sedang kita hadapi.

Hadapilah hidup dengan tabah.

Tiada ulasan: