Dalam auditorium. Sedang mengikuti perkembangan staf CNE.
Suasana dalam pejabat Unit Psikologi Kaunseling. Kira sekarang ni inilah ofis saya. Yang tersengih lebar tu Cik Ross, Kaunselor Unit ini. Yang sorang lagi tu pelatih prektikal Bimbingan dan Kaunseling dari UNIMAS, Cik Mar, malu-malu pulak bila nak ambik gambar.
Inilah dia buku log and manual saya.
Bermula Rabu lepas (29 Januari 2009) bermulalah satu episod baru dalam hidup saya dan rakan-rakan SPADA yang lain. Di ketika ini kami sedang menjalani latihan Internship 3 selama 10 minggu bertujuan untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin di samping sebagai memenuhi syarat utama untuk lulus dalam kursus cuti belajar ini. Sesuatu yang ternyata amat berbeza buat saya. Selama ini saya hanya di kelilingi pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu namun kini saya berhadapan dengan pesakit-pesakit, para doktor dan nurse dan juga staf-staf hospital pula. Jauh bezanya dengan pengalaman mengajar di sekolah. Hari pertama lagi saya telah didedahkan dengan aktiviti outreach mencari klien yang tentunya berkisar dengan masalah dadah, kemudian di sebelah petangnya pula saya telah menghadiri satu perkembangan staf CNE iaitu Continous Nurse Education yang berkaitan dengan masalah psiktri. Hari kedua internship (Khamis) saya telah dibawa melawat wad pesakit HIV/Aids dan berpeluang melihat keadaan mereka di samping mengambil maklumat-maklumat penting dari Staf Nurse di situ. Malangnya saya tak dapat nak mengambil gambar kerana mematuhi etika dan menjaga kepentingan pesakit. Pada hari Jumaat pula saya telah berpeluang mengadakan sesi Bimbingan dan Kaunseling dengan seorang klien yang mengambil methadon sebagai salah satu kaedah rawatan penagihan dadah. Syukur Alhamdulilah. Selesai sudah minggu pertama internship. Harap-harap internship saya di minggu-minggu berikutnya berjalan dengan lebih lancar selepas ini.
2 ulasan:
tunggu kotak borak kat tepi tu..tak kuar2 pulak..mcm seronok jer k yong ek..dpt tambh pegalaman..
Ye ke zana. Susah ke nk buka kotak borak tu?
Catat Ulasan