Semalam (11 Feb 2009 - Rabu) saya dan rakan-rakan telah menjalankan satu terapi bimbingan bersama beberapa orang kanak-kanak di wad pediatrik. Kami telah menyediakan beberapa keping gambar yang menarik untuk diwarnakan oleh adik-adik yang dimasukkan ke wad ini. Terapi ini dilakukan bertujuan untuk meringankan beban emosi kanak-kanak ini yang mungkin terganggu kerana masalah kesihatan yang mereka alami. Inilah di antara tugas kami di sini. Selain mengadakan sesi Bimbingan dan Kaunseling, kami juga perlu melawat beberapa wad sebagai lawatan sosial dan mengadakan beberapa siri ceramah kepada staf serta komuniti di hospital ini.

Ini antara adik-adik yang terlibat dalam terapi ini. Yang lain melakukannya di atas katil kerana tangan masing-masing dipasang 'drip'. Jadi susah la mereka nak bergerak.

Inilah hasil lukisan dan warna adik-adik tersebut. Ada yang tak dapat nak warna penuh. Maklum la, duduk dalam wad. Mood ceria susah sikit nak dapat.

Lagi gambar bersama adik-adik yang ambil bahagian.

Gambar ni saya ambil dari tingkat 8 (wad pediatrik). Pandangan hadapan hospital ni.
Ini pula pandangan dari tingkat yang sama di bahagian belakang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan