Tinggal la pesan

Sabtu, Februari 07, 2009

Aktiviti Seminggu

Salam semua. Lama saya tak update blog ni. Masuk minggu kedua menjalani internship saya semakin sibuk dengan tugas. Tak sempat nak jenguk blog sendiri apalagi blog kawan-kawan. Tapi sepanjang minggu lepas bermacam-macam kerenah saya perhatikan di tempat 'baru' saya. Tambahan pula saya banyak berinteraksi dengan klien methadone. Jadi untuk menghilangkan sedikit stress, Cik Ross telah mencadangkan kami dinner kat satu restoran steamboat berdekatan. Oleh kerana hujung minggu masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri, kami berempat setuju je. Maklum la, nak gi makan. Orang kata rezeki jangan ditolak. Jadi hari khamis lepas, habis kerja kami terus menuju ke restoran ni. Makanannya memang sedap-sedap. Banyak seafood dan lauk pauk lain. Makan la banyak mana pun nak makan. Harga tetap sama. Tempatnya pun bagus. Ada surau dan kemudahan lain. Kami solat maghrib dulu sebelum memulakan acara makan-makan. Pukul 9 malam baru semua surrender, dah tak larat nak makan apa-apa dah. Pukul 10 malam baru saya tiba rumah sebab tolong hantarkan adik-adik ni semua balik. Risau pulak bawak anak-anak dara orang ni balik malam-malam.

Nyum nyum....dah habis makan baru teringat nak snap gambar. Tapi ada lagi tu daging dan ayam yang sedang dibakar. Malam tu memang kenyang betul la kami berempat. Hehe...

Amboiiii Mai...sempat lagi bergaya sambil cicah lauk.

Mar dan Ross tersenyum lebar kekenyangan

Adik-adik yang sama-sama terlibat dalam prektikal, Mai (USIM) dan Mar (UNIMAS). Masa ni kami sedang membuat aktiviti outreach mencari klien dan NA mereka untuk sesi soalselidik.

Saja ambik gambar dalam library hospital. Time rehat di sinilah selalunya saya lepak untuk baca paper.

Dalam pejabat Unit Psikologi Kaunseling bersama Mai yang juga student USIM (Bac. in B&K)

6 ulasan:

Yanmie berkata...

amboi makan sakan nmpknya yea..habis bersih...ehehe..

kakyong berkata...

hehe Yan. Mana taknya. Siang hari tu kami sume tak smpt rehat. Makan ala kadar je. Malam nya apa lagi....pulun hbs la. hihihih

Rashid berkata...

kak yong,
fuhh sedapnya nyum-nyum steamboat.. Lain kali jgn lupa call saya juga ekk. Lama tak makan steamboat ni..

kakyong berkata...

Wokeh cikgu Rashid. Nanti kalau pergi lagi saya call cikgu mintak nombor telefon tu dulu eh. ekekeke

Unknown berkata...

kak yong

macam nak tanya - kat mana semua cerita tu...
saya cuba nak meneka - tapi clue semua tak membantu...
sambung belajar kut...

apa2 pun - terima kasih kerana kita terus berurusan.

kakyong berkata...

Ye jinggo. Saya sambung belajar di USIM Kampus Pandan Indah dalam Speciality Program in Drug And Alcohol Abuse. Sekarang sedang prektikum di Hospital Sungai Buloh sebagai kaunselor khas untuk klien methadon. Bulan April nanti saya akan kembali mengajar di sekolah.